28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    BN lancar jentera PRN Johor Ahad ini

    Shopee Sale

    Barisan Nasional (BN) Johor akan melancarkan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Educity, Kota Iskandar, Ahad ini.

    Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka merasmikan majlis pelancaran tersebut pada 3.30 petang.

    Pengerusi BN Johor merangkap Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi turut dijangka hadir pada majlis berkenaan.

    Menurut Md Israk, pelancaran itu bukan sekadar acara tradisi parti, sebaliknya menjadi platform manifestasi solidariti serta kesatuan utuh jentera BN dalam mendepani cabaran pilihan raya.

    MENARIK:  Kelantan sumbang RM500,000 buat mangsa kebakaran Putra Heights

    Beliau berkata kehadiran penyokong ke stadium berkenaan juga bakal menjadi bukti sokongan tidak berbelah bahagi rakyat terhadap kepimpinan BN yang selama ini memacu kemajuan negeri tersebut.

    “Kehadiran anda bukan sekadar memenuhi ruang stadium, tetapi menjadi bukti bahawa semangat perjuangan BN terus kukuh dan mendapat kepercayaan rakyat. Bersama-sama kita tunjukkan kekuatan jentera, kesatuan ahli serta iltizam untuk memastikan Johor terus maju, stabil dan makmur,” katanya.

    Md Israk turut menyeru seluruh ahli, keluarga, sahabat dan penyokong BN untuk hadir beramai-ramai dengan mengenakan baju korporat rasmi BN berwarna biru bagi memeriahkan majlis tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah