Pelakon, Syatilla Melvin berkongsi pandangannya mengenai penggunaan istilah B40 yang menurutnya semakin kerap disalahgunakan sehingga menjadi bahan sindiran terhadap golongan tertentu.
Artikel Berkaitan: Syatilla Melvin Beri Amaran, Tak Rela Syida Melvin Dianiaya – ‘Kau Ada Siapa? Bonding Kami Terlalu Luar Biasa’
Istilah B40

Menerusi perkongsian di Threads, Syatilla mengakui dia sendiri kurang selesa menggunakan istilah tersebut kerana membawa konotasi yang sensitif, lebih-lebih lagi apabila dijadikan alasan untuk merendahkan orang lain.
Katanya, golongan yang dilabel sebagai B40 bukanlah kelompok asing, malah terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan masyarakat yang banyak menyumbang kepada ekonomi serta menyokong pelbagai perniagaan tempatan.
Tak tahu kenapa, tapi untuk aku nak sebut perkataan B40 rasa tak tergamak sangat, apatah lagi nak menghina.
Keluarga dan adik-beradik kita semua dalam golongan itu. Yang menyokong perniagaan 70 peratus adalah daripada merea.
Menurut isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu lagi, mentaliti yang membezakan manusia mengikut kelas sosial tidak sepatutnya terus dipupuk kerana pada akhirnya setiap orang mempunyai nilai dan kelebihan masing-masing.
Kenapa perlu ada pemikiran ‘class kita tak sama’? Tak dinafikan memang manusia ini macam-macam perangai dia. hujung-hujung kita semua sama juga. Faham tak maksud saya?
Sumber: Threads
The post ‘Nak Sebut B40 Tak Tergamak, 70% Sokong Perniagaan Adalah Mereka’ – Syatilla Melvin first appeared on OHBULAN!.





