26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Agong kurnia surat cara pelantikan kepada lima hakim

    Shopee Sale

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada lima hakim di Istana Negara, di Kuala Lumpur.

    Istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil Istana Negara itu dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Besar Malaya Datuk Hashim Hamzah.

    Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada empat Hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, Datuk Azimah Omar dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.

    Antara yang hadir menyaksikan istiadat berkenaan ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

    MENARIK:  PN sudah terima draf perjanjian peruntukan sekata

    Hashim yang sebelum ini Hakim Mahkamah Rayuan, dilantik bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tan Sri Hasnah Hashim yang bersara wajib pada 14 Nov lepas.

    Che Mohd Ruzima, Mohd Nazlan, Azimah dan Sequerah masing-masing turut berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

    Turut hadir Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Peguam Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

    Selesai istiadat pengurniaan, Seri Paduka Baginda berkenan bergambar bersama-sama para hakim yang baru dilantik.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah