28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah AS$113.6 bilion pada 31 Mei

    Shopee Sale

    Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.6 bilion (US$1=RM4.72) pada 31 Mei 2024. 

    Bank pusat berkata komponen utama rizab antarabangsa meliputi rizab mata wang asing (US$101.5 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.8 bilion), dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).

    “Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” kata BNM dalam kenyataan hari ini.

    Jumlah aset sebanyak RM632.42 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM538.09 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.99 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM19.58 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM24.80 bilion),  tanah dan bangunan (RM4.13 bilion), dan aset lain (RM52.38 bilion). 

    MENARIK:  ‘Terima Kasih Malaysia’ – Kedutaan Iran hargai solidariti rakyat

    BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM195.06 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.61 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM146.51 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM7.64 bilion) dan deposit lain (RM63.64 bilion), kertas Bank Negara (RM20.16 bilion), peruntukan SDR (RM30.21 bilion), dan liabiliti lain (RM3.49 bilion).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah