29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adun Johol dimasukkan ke IJN akibat serangan jantung

    Shopee Sale

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol Datuk Saiful Yazan Sulaiman dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas dilaporkan tidak sedarkan diri akibat serangan jantung petang semalam.

    Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata kejadian itu berlaku ketika Saiful Yazan dalam perjalanan untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

    Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya dimaklumkan hari ini bahawa Saiful Yazan kini berada dalam keadaan stabil dan mula memberi tindak balas.

    “Datuk Saiful Yazan kini berada dalam keadaan stabil, sudah mula sedar tetapi masih memerlukan pemantauan rapi di wad rawatan jantung (CCU) di IJN. Semalam saya dan beberapa pemimpin UMNO ada melawat beliau di IJN tetapi ketika itu beliau tidak sedarkan diri lagi.

    “Namun tadi kami dimaklumkan oleh isterinya Datin Shaliza Idris, keadaannya semakin stabil, sama-samalah kita berdoa semoga dia kembali sihat," katanya ketika dihubungi Bernama di Seremban hari ini.

    MENARIK:  Harga makanan harian naik hampir 2 kali ganda sejak 13 tahun lepas - DOSM

    Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu itu berkata Saiful Yazan sebelum ini diketahui tidak pernah menghidap apa-apa penyakit dan semalam adalah kejadian pertama dia mengalami serangan jantung.

    Beliau berkata pada masa ini ahli keluarga tidak membenarkannya menerima sebarang pelawat bagi memastikan beliau mendapat rehat yang mencukupi sebelum kembali berada dalam keadaan benar-benar sihat.

    Saiful Yazan yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Pilah merupakan ADUN Johol sejak 2018 selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tahun lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah