Tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menurutnya tidak menunaikan janji reformasi yang dilaungkannya sebelum ini.
Malah Tengku Razaleigh, yang lebih mesra disapa sebagai Ku Li, mendakwa reformasi yang dilaungkan hanyalah kerana marah kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Adakah reformasi itu? Sembang sahaja (tertawa). Apa yang dilaungkan beliau dahulu hanya kerana marah pada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kerana ‘belasah’ dan tangkap beliau.
“Maka, wujudlah reformasi dan orang ramai setuju dengan laungan ini. Maka, keadilan patut diberi kepadanya.
“Tetapi, mahu buat reformasi lebih daripada itu belum pun dilakukan. Lihat sekarang apa yang Anwar buat?” katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini.
Ku Li mendakwa walaupun sudah dua tahun Anwar memimpin negara, reformasi tidak dilaksanakan dalam mana-mana undang-undang atau peraturan.
[Berita lanjut menyusul]





