29 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    75 pelajar di Kota Bharu keracunan makanan lepas makan ayam

    Shopee Sale

    Sebanyak 75 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan selepas disyaki dihidangkan menu ayam Sabtu lepas.

    Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin yang mengesahkan kejadian itu berkata mereka yang terlibat berusia antara 13 hingga 17 tahun telah menerima rawatan dan tiada kes masuk wad dilaporkan.

    "Kes pertama dikesan pada 20 April dan kes terakhir semalam, ia dipercayai berpunca daripada menu ayam yang dihidangkan kepada pelajar sebuah sekolah menengah," katanya ketika ditemui Bernama pada Majlis Ijtimak Madani Ulama dan Umara 2024 di Dewan Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa di Kota Bharu hari ini.

    MENARIK:  Kemelut peralihan ketua hakim jejas keyakinan awam - Badan Peguam

    Dr Zaini berkata sejumlah 70 pelajar mengalami gejala ringan, manakala lima lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar dan telah dibenarkan pulang.

    Semalam, media melaporkan kira-kira 20 pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Kota Bharu menerima rawatan selepas disyaki terkena keracunan makanan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah