29.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    5 kanak-kanak Gaza maut dihempap bungkusan bantuan

    Shopee Sale

    GLOBAL | Lima kanak-kanak Palestin terbunuh manakala beberapa lagi cedera selepas dihempap bungkusan bantuan yang digugurkan dari udara oleh negara tidak dikenal pasti dalam kejadian di Gaza pada Jumaat.

    Ketua jabatan penjagaan kecemasan di Kompleks Perubatan Al Shifa, Gaza, Muhammad Al-Sheikh memberitahu CNN insiden itu berlaku di kem Al Shati di barat bandar terbabit.

    United Press International (UPI) melaporkan Al-Sheikh berkata kecederaan dialami beberapa mangsa agak serius.

    Setiausaha akhbar Pentagon Mej Jen Pat Ryder pula memberitahu ABC News bahawa tiada individu yang cedera dalam misi AS menggugurkan bantuan kemanusiaan pada Jumaat di utara Gaza.

    "Laporan akhbar bahawa bantuan digugurkan dari pesawat AS menyebabkan kematian orang awam di darat adalah palsu kerana kami telah mengesahkan bahawa semua bungkusan bantuan kami mendarat dengan selamat," kata Ryder pada sidang media.

    Pejabat Media Kerajaan Gaza mengkritik langkah menggugurkan bantuan dengan payung terjun (air drop) dan menggesa pembukaan pintu sempadan ke Gaza dengan segera untuk menyampaikan bantuan secara lebih berkesan kepada kira-kira 2.4 juta orang awam yang mengalami kekurangan air dan makanan.

    MENARIK:  Saya masih MB Perlis - Shukri

    Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mengkritik Israel kerana menyekat penghantaran bantuan ke Gaza, dan konflik yang berterusan menjadikan ia lebih sukar untuk menyampaikan bantuan, walaupun kebenaran telah diberikan.

    Program Makanan Sedunia (WFP) pada Rabu berkata pihak berkuasa Israel menghalang konvoi 14 trak yang membawa makanan kepada rakyat Palestin di utara Gaza, yang pertama sejak ia menangguhkan operasinya pada Februari.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah