26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    38 pusat mengundi awal PRN Negeri Sembilan dibuka tepat 8 pagi

    Shopee Sale

    Sebanyak 38 pusat mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dibuka tepat pada 8 pagi ini bagi membolehkan 22,339 anggota pasukan keselamatan serta pasangan masing-masing menunaikan tanggungjawab mereka.

    Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sejumlah 16,884 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama-sama pasangan akan melaksanakan tanggungjawab mereka di lapan pusat mengundi ditetapkan.

    Baki 5,455 pengundi terdiri daripada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama dengan pasangan pula dijadualkan menunaikan hak mereka di 30 pusat mengundi.

    Kesemua pusat pengundian berkenaan akan ditutup secara berperingkat mengikut jadual yang ditetapkan SPR bermula dari 12 tengah hari ini hingga 5 petang.

    Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati keadaan di kebanyakan kawasan dilaporkan cerah hari ini.

    MENARIK:  Rafizi dan Fahmi, aku cabar debat dua lawan satu - Wan Fayhsal

    Sabtu ini, kira-kira 889,490 pengundi biasa bakal menentukan mandat di 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, yang menyaksikan 103 calon layak bertanding.

    Daripada jumlah itu, Pakatan Harapan (PH) merekodkan jumlah calon tertinggi dengan 36 orang, diikuti Barisan Nasional (BN) (25) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) (24).

    Perikatan Nasional (PN) pula menampilkan 11 calon, diikuti empat calon Bebas, manakala Barisan Jamaah Islamiah Semalaysia (Berjasa), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing seorang.

    DUN Negeri Sembilan dibubarkan secara rasmi pada 5 Jun bagi memberi laluan kepada PRN, manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 1 Ogos sebagai hari pengundian.

    Untuk berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah