Sebanyak 17 kapal komersial diarah mengubah haluan, manakala dua kapal dilumpuhkan dan dua lagi dinaiki tentera Amerika Syarikat (AS) dalam operasi penguatkuasaan sekatan maritim terhadap Iran, menurut Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM), lapor Anadolu Ajansi.
Menerusi hantaran di platform media sosial X, CENTCOM berkata tindakan itu dilaksanakan bagi memastikan pematuhan sepanjang operasi di Laut Arab.
CENTCOM turut berkongsi gambar menunjukkan seorang kelasi AS berkawal di atas kapal pemusnah peluru berpandu USS Frank E. Petersen Jr. (DDG 121) ketika kapal itu melakukan rondaan di Laut Arab bagi menyokong pelaksanaan sekatan berkenaan.
Markas itu tidak mendedahkan identiti kapal terbabit atau memberikan butiran lanjut mengenai tindakan penguatkuasaan berkenaan.





