32.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    350,000 batang rokok bernilai RM700,00 dirampas

    Shopee Sale

    Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga merampas 350,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM693,000 dipercayai diseludup dalam satu operasi khas di pesisir Sungai Mak Neralang, Kok Keli semalam.

    Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga ACP Zulafendy Hassan berkata rampasan itu dilakukan ketika sepasukan dari Markas Operasi Pengkalan Kubor menjalankan Op Taring Landai/Op Khas Kontraban Siri 55/2025 di kawasan berkenaan sekitar 1.30 pagi.

    Beliau berkata pasukan telah mengesan beberapa individu dalam keadaan mencurigakan di kawasan pesisir sungai sebelum bergegas ke lokasi namun suspek sempat melarikan diri.

    “Pemeriksaan di lokasi menemukan beberapa timbunan plastik hitam mengandungi karton rokok putih tidak mempunyai permit import yang sah.

    MENARIK:  Rakyat tak perlu kebenaran polis untuk berhimpun secara aman - Muda

    “Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM693,000 dan dipercayai dibawa masuk untuk tujuan pasaran tempatan tanpa kelulusan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Zulafendy berkata semua barang rampasan telah dibawa ke Markas Operasi Pengkalan Kubor dan kes disiasat mengikut di bawah Akta Kastam 1967.

    Beliau berkata pihaknya sentiasa meningkatkan penguatkuasaan bagi membanteras jenayah rentas sempadan yang boleh menjejaskan ekonomi negara.

    Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi talian 09-5137726 atau emel ke [email protected]. Identiti pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah