29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    S'wak, Sabah dan Labuan dijangka ribut petir, hujan lebat hingga 9 malam

    Shopee Sale

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Sarawak, Sabah dan Labuan sehingga 9 malam ini.

    MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terjejas di Sarawak meliputi Sibu (Selangau), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang.

    Antara kawasan lain yang tersenarai ialah di Sabah merangkumi Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Sandakan (Kinabatangan).

    Amaran sama turut melibatkan seluruh kawasan di Labuan.

    Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan berdasarkan analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka berlaku pada 4 hingga 7 Feb ini.

    MENARIK:  Lebih RM96 juta baucar buku ditebus setakat ini

    Beliau memaklumkan keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat dan berterusan di Sabah dan Sarawak.

    “Sehubungan itu, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan telah dikeluarkan dan berkuat kuasa pada 4 sehingga 7 Feb 2025,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi MetMalaysia hari ini.

    Orang awam turut dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web http://www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah