27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    30 kampung di Kuala Krai dijangka alami banjir Isnin hingga Jumaat

    Shopee Sale

    Hampir 30 kampung yang terletak dalam radius lima kilometer berhampiran Sungai Galas, Sungai Lebir dan Sungai Pahi di Kuala Krai dijangka mengalami banjir bermula Isnin hingga Jumaat ini.

    Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Khamis lalu.

    Kenyataan itu memaklumkan kawasan yang terlibat di sekitar Sungai Galas ialah Kampung Mambong, Kampung Dabong, Kampung Kemubu, Kampung Kuala Gris, Kampung Bahagia dan Kampung Biak.

    Di Sungai Lebir, kampung yang terlibat adalah Kampung Tualang, Kampung Bekok, Kampung Manik Urai, Kampung Gajah, Kampung Laloh, Kampung Karangan, Kampung Manjor, Kampung Baru Sungai Mengkuang, Kampung Mesek, Kampung Temiang, Kampung Cheneh, Lata Rek, Kampung Lela Jasa, Kampung Budi dan Kampung Sungai Sam.

    MENARIK:  Isham: Umno terdesak mahu tarik balik pemimpin yang sudah dipecat

    Kampung yang dijangka berlaku banjir di sekitar Sungai Pahi pula ialah Kampung Batu Mengkebang, Kampung Pahi, Kampung Gatal, Taman Perisai Wira, Dusun Damar, Kampung Belanga, Kampung Sungai Pas dan Kampung Temalir.

    JPS turut memaklumkan banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan.

    Amaran tersebut dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama yang di kawasan yang dijangka banjir mengambil langkah waspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah