33.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    219 rumah terjejas insiden kebakaran Putra Heights – Polis

    Shopee Sale

    Sebanyak 219 rumah didapati terjejas dalam insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya manakala 220 kediaman disahkan selamat dan tidak terkesan.

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia hasil penilaian akhir fizikal oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, syarikat utiliti dan pihak berkuasa tempatan terhadap 439 rumah dalam radius 325 meter dari pusat letupan.

    "Daripada jumlah itu, 87 rumah mengalami kerosakan besar melebihi 20 peratus manakala 132 lagi mengalami kerosakan kecil kurang 20 peratus," katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Putra Heights dekat Kuala Lumpur hari ini.

    Hussein berkata rumah dengan kerosakan di bawah 20 peratus dibenarkan dibaiki penghuni atau pemilik rumah bermula hari ini, dengan senarai rumah berkenaan akan diedar kepada tuan rumah.

    MENARIK:  Pengusaha bas persiaran mohon 600 liter diesel bersubsidi sebulan

    Beliau berkata setakat hari ini, 154 rumah telah boleh diduduki semula termasuk 24 rumah di Kampung Kuala Sungai Baru.

    Sementara itu, Datuk Bandar Subang Jaya Datuk Amirul Azizan Abd Rahim pada sidang media sama, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan daripada penduduk menerusi Sistem Pengurusan Aduan mengenai kerja mengorek di kawasan kejadian.

    Beliau berkata pihaknya telah melakukan siasatan di lokasi kerja mengorek itu dan mendapati ia memiliki permit daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan pihak Petronas, selain mematuhi prosedur ditetapkan.

    Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa lepas, menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah