32.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tercipta Dalam Masa Singkat, Terus Jadi Juara AJL! 3 Lagu Ini Buktikan Idea Hebat Boleh Datang Sekelip Mata

    Shopee Sale

    Siapa sangka lagu yang akhirnya dinobatkan sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu (AJL) sebenarnya tercipta dalam tempoh yang cukup singkat?

    Ada yang hanya memerlukan lima minit untuk menyiapkan lirik, manakala ada juga yang mengambil sekitar 10 hingga 30 minit sahaja. Namun, karya-karya ini akhirnya berjaya meninggalkan impak besar dalam industri muzik tempatan.

    Berikut tiga lagu yang membuktikan karya hebat tidak semestinya mengambil masa berhari-hari untuk dihasilkan.

    Artikel Berkaitan: K.O.I Dinobat Juara, Ini Senarai Penuh Pemenang AJL40

    Artikel Berkaitan: Gunung Berapi Jadi Metafora Luka, Aina Abdul Dedah Maksud Di Sebalik Persembahan ‘Kamu’ Di Pentas AJL40

    1. Tiwikarma – K.O.I | Lirik Siap Dalam 30 Minit

    Paling hangat tentunya Tiwikarma, lagu yang membawa K.O.I muncul sebagai Juara AJL40.

    Penulis liriknya, Tuan Nicky, yang juga merupakan individu sama ahli Floor 88 iaitu Ayie, mendedahkan dia hanya diberikan masa sekitar 30 minit untuk menyiapkan lirik lagu tersebut.

    Lebih menarik, ketika menerima permintaan itu, dia sedang menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan. Tuan Nicky kemudian keluar ke belakang dewan dan mula menulis menggunakan telefon bimbit sebelum menghantarnya kepada Achoi.

    Siapa sangka lirik yang tercipta secara spontan itu akhirnya membawa Tiwikarma ke kedudukan tertinggi AJL40.

    Sumber: Berita Harian Singapura

    2. Potret – Akim & The Majistret | Lirik Siap Dalam 5 Minit

    Lebih pantas, lirik lagu Potret yang dipopularkan Akim & The Majistret dilaporkan hanya mengambil masa sekitar lima minit untuk disiapkan.

    Penulis liriknya, Kamar Empayar, mendapat inspirasi sebaik sahaja mendengar melodi yang dihantar oleh Akim. Idea kemudian datang secara spontan sehingga lirik berjaya disiapkan dalam tempoh yang sangat singkat.

    MENARIK:  [VIDEO] Dr Afifah Terkilan Nubhan Fail Komital – ‘Fikir Masa Depan Anak-Anak, Kesan Terhadap Kesihatan Mental Saya’

    Walaupun hanya mengambil beberapa minit untuk ditulis, Potret akhirnya mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Juara AJL30, selain memenangi Persembahan Terbaik.

    Sumber: mStar

    3. Pergi – Aizat Amdan | Asas Lagu Tercipta Dalam 10 Minit

    Lagu Pergi nyanyian Aizat Amdan yang muncul sebagai Juara AJL24 juga mempunyai kisah penciptaan yang menarik.

    Komposernya, Pete Teo, pernah mendedahkan bahawa dia hanya mengambil masa sekitar 10 minit untuk menghasilkan versi awal lagu tersebut yang berjudul I Go.

    Menariknya, lagu itu pada asalnya tidak dicipta khusus untuk filem Talentime. Namun, Allahyarham Yasmin Ahmad tertarik dengan karya tersebut sebelum ia dimasukkan sebagai runut bunyi filem berkenaan.

    Versi Melayu kemudian hadir sebagai Pergi dengan lirik oleh Amran Omar dan nyanyian Aizat sebelum akhirnya mengungguli AJL24.

    Sumber: mStar

    Tiga karya ini membuktikan tempoh menghasilkan sesebuah lagu bukan ukuran kepada sejauh mana impaknya.

    Daripada lirik Potret yang hanya mengambil sekitar lima minit, asas Pergi dalam 10 minit sehinggalah Tiwikarma yang liriknya disiapkan dalam 30 minit, ketiga-tiganya akhirnya mempunyai satu persamaan besar untuk bergelar Juara Lagu AJL.

    Kadangkala, apabila idea, emosi dan melodi hadir pada waktu yang tepat, beberapa minit sahaja sudah cukup untuk melahirkan sebuah karya yang dikenang bertahun-tahun.

    The post Tercipta Dalam Masa Singkat, Terus Jadi Juara AJL! 3 Lagu Ini Buktikan Idea Hebat Boleh Datang Sekelip Mata first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah