Penyanyi kelahiran Indonesia, Fajar Noor merealisasikan impian peminat di Malaysia apabila mengadakan showcase sulungnya menerusi ‘Sementara, Selamanya’ di Aloft Kuala Lumpur Sentral, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fajar Noor Perjelas Buang Tahi Lalat – ‘Jadi Ketumbuhan Yang Makin Membesar’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fajar Noor Pilih Untuk ‘Jalan’ Terus, Mahu Fokus Kerjaya Seni – ‘Kita Pun Manusia, Pernah Buat Salah’
Showcase sulung

Lebih 600 peminat yang dikenali sebagai FajarSoul hadir memeriahkan acara tersebut, termasuk peminat dari seluruh Malaysia serta mereka yang sanggup datang dari Indonesia.
Kehadiran ratusan peminat itu sekali gus memperlihatkan sambutan terhadap album sulung Fajar ‘Sementara, Selamanya’ semakin mendapat perhatian pendengar di Malaysia.
Sebelum bertemu peminat dalam showcase tersebut, Fajar terlebih dahulu meluangkan masa mendekati peminat menerusi beberapa aktiviti promosi di sekitar Kuala Lumpur.
Antara yang mencuri perhatian adalah ketika sesi busking di SOGO Kuala Lumpur dan Bukit Bintang bersama dua penyanyi tempatan, Syamel dan Khai Bahar.
Menariknya, sesi tersebut bukan sekadar persembahan biasa apabila ketiga-tiga penyanyi berkenaan saling menyanyikan lagu popular masing-masing.
Sementara itu, kemuncak kunjungan Fajar ke Malaysia diteruskan dengan showcase ‘Sementara, Selamanya’ turut diserikan dengan kehadiran beberapa rakan artis tempatan termasuk Khai Bahar dan Odda.
Berada di hadapan ratusan FajarSoul, Fajar mempersembahkan lagu-lagu daripada album sulungnya dengan penuh penghayatan sambil berkongsi kisah di sebalik karya yang dihasilkan.
Showcase tersebut turut menjadi langkah penting buat Fajar dalam memperluaskan lagi karya serta identitinya sebagai penyanyi kepada peminat di rantau Nusantara.
Album ‘Sementara, Selamanya’ kini boleh distrim di semua platform penstriman digital.
The post Fajar Noor Gegarkan Malaysia, Lebih 600 FajarSoul Serbu Showcase Sulung first appeared on OHBULAN!.





