28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zizan Razak Sudah Lama Tidak Buat Rumah Terbuka Di Terengganu – ‘Rumah Waktu Kecil Dah Roboh’

    Shopee Sale



    Pelakon dan penyanyi, Zizan Razak berkongsi sudah lama tidak melakukan rumah terbuka di Terengganu selepas kediaman yang didudukinya sejak kecil telah dirobohkan.

    Raya tak meriah

    Ketika ditemui , pemilik nama Mohd Razizan Abdul Razak, 41, berkata sebelum bapanya berpencen dia sering melakukan rumah terbuka pada hari raya.

    Persiapan macam biasa, raya tahun ini tidak meriah sangat.

    Sambut apa yang perlu sahaja. Sebenarnya, pada tahun sebelum ini, saya beraya di Terengganu dan buat rumah terbuka di sana.

    Dulu saya duduk rumah kuaters tetapi ayah saya sudah pencen dan sekarang rumah itu telah dirobohkan.

    Jadi saya sejak dari itu dah tak buat rumah terbuka.

    Tempat membesar

    Zizan yang agak terkilan dengan perobohan rumah itu mengakui terasa sedikit kehilangan kerana rumah itu merupakan tempatnya membesar.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Bangga Pendakwah Luar Sebut Nama Kelantan – ‘Proud To Be Kelantanese’

    Jelasnya, dia mendiami rumah tersebut sejak dari bangku sekolah sehinggalah bergelar seorang artis selama beberapa tahun.

    Sekarang bila saya balik rasa menggamit kenangan. Saya duduk situ sejak bangku sekolah lagi hinggalah menjadi artis.

    Agak terasa kehilangan, sebab saya membesar di situ. Kalau saya balik saya memang akan lalu jalan rumah itu. Sekarang tinggal jalan je, rumahnya tiada.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah