26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Trauma, Itu Adalah Tempat Sama Saya Keluarga Kemalangan Pada 2018’

    Shopee Sale

    Kemalangan ngeri membabitkan sebuah bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak awal pagi Isnin, terus menjadi topik bualan hangat wargamaya.

    Artikel Berkaitan: Sepupu Zoey Rahman antara mangsa nahas bas UPSI

    Artikel Berkaitan: ‘Dari Terengganu Ke UPSI, Mereka Berjihad Ke Jalan Allah’

    Kemalangan lokasi sama

    Terbaharu, seorang wanita mendakwa dia sekeluarga pernah mengalami kemalangan di lokasi sama, beberapa tahun lalu.

    Menerusi perkongsian di platform Threads, wanita tersebut berkata, keluarganya masih trauma dengan insiden tersebut dan enggan lagi menggunakan laluan sama.

    Lepas tengok berita kemalangan, itu adalah tempat yang sama saya satu keluarga kemalangan, pada 2018.

    Bila ingat kembali saya menangis. Trauma betul dengan kawasan ini.

    Kalau sebut kawasan Gerik je, adik-adik semua tak mahu pergi atau lalu kawasan itu. Salam takziah dan al-fatihah.

    Pagi Isnin, negara dikejutkan dengan kemalangan maut membabitkan sebuah bas membawa 42 mahasiswa UPSI yang dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak.

    MENARIK:  Erma Fatima Tiada Masalah Ambil Fathia Latiff Berlakon – ‘Masalah Peribadi Bukan Masalah Saya’

    Nahas tragis yang turut membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding di Gerik itu telah meragut 15 nyawa penuntut universiti tersebut.

    Sumber: Threads

    The post ‘Trauma, Itu Adalah Tempat Sama Saya Keluarga Kemalangan Pada 2018’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah