31 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Banjir Besar Di Nepal, 17 Rakyat Malaysia Antara Dilaporkan Hilang

    Shopee Sale

    Foto: REUTERS

    Menurut Lembaga Pelancongan Nepal, lebih 380 orang pelancong termasuk 291 orang warga asing telah dilaporkan hilang selepas banjir besar melanda Nepal pada Rabu.

    Artikel Berkaitan: Fattah Amin Titip Doa Dari Makkah Buat Mangsa Banjir

    Rakyat Malaysia

    Foto: REUTERS

    Memetik laporan Berita Harian, menerusi satu kenyataan Lembaga Pelancongan Nepal yang dimuat naik di platform X, seramai 384 orang pelancong termasuk 291 warga asing dan 93 warga Nepal dilaporkan hilang.

    Angka itu adalah berdasarkan daripada rekod awal yang dikumpulkan mengikut agensi syarikat pelancongan.

    Maklumat itu sedang disahkan dan disemak silang dengan kerjasama agensi pelancongan, pemandu pelancong, pihak berkuasa tempatan serta agensi keselamatan.

    Berdasarkan lembaga tersebut, lebih 100 warga India, 17 rakyat Malaysia, 12 warga Britain, empat warga Afrika Selatan, tiga warga Amerika Syarikat (AS), seorang warga Australia dan seorang warga Belanda dilaporkan hilang.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Quranik Madani’ Inisiatif Terbaharu PU Riz, Kelas Al-Quran Percuma Untuk Rakyat Malaysia

    Selain itu, seramai 111 mangsa masih belum disahkan kewarganegaraannya.

    Sebelum ini, media melaporkan bencana akibat Sungai Bhote Koshi di daerah Rasuwa yang terletak di kawasan pegunungan Nepal telah melanda sehingga menjejaskan kediaman serta infrastruktur kawasan terbabit.

    Sumber: Berita Harian

    The post Banjir Besar Di Nepal, 17 Rakyat Malaysia Antara Dilaporkan Hilang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah