34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zarina Anjoulie Jual Coli Hitam ‘Preloved’ Dengan Harga Bida RM5,800 – ‘Saya Cari Duit, Bukan Kawan’

    Shopee Sale

    Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie sekali lagi menuai perhatian netizen apabila mengumumkan penjualan pakaian dalam miliknya menerusi kaedah bidaan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Individu Narsistik Pandai Manipulasi Emosi, Luar Nampak Baik Tapi Di Belakang Lain’ – Zarina Anjoulie

    Dibida RM5,800

    Menerusi hantaran di Threads, Zarina atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 39, memaklumkan terdapat pasangan suami isteri yang sanggup membida barangan tersebut pada harga RM4,200.

    Pasangan suami isteri membida baju dalam pada harga RM4,200. Ada tawaran lebih tinggi tak? Jomlah,” tulisnya.

    Bagaimanapun jelas Zarina, bidaan tersebut tidak terhenti di situ apabila pakaian dalam itu berjaya dilelong pada harga tertinggi RM5,800.

    Zarina memilih untuk menjaga privasi pembeli dengan tidak mendedahkan identiti atau wajah individu terbabit, sebaliknya hanya berkongsi bukti bayaran menerusi perbualan di WhatsApp.

    Menurut Zarina, pakaian dalam yang dijual itu merupakan barangan ‘preloved’ dan akan diberikan kepada pembida tertinggi.

    Baju dalam berjenama saya (preloved) untuk dijual. Akan dijual kepada pembida tertinggi. Harga permulaan RM1,588 akan diumumkan esok. Ini memang akan jadi menyeronokkan.

    Dalam pada itu, pelakon drama Anak Pontianak tersebut turut mempertahankan tindakannya dan menegaskan kehadirannya di media sosial adalah atas tujuan perniagaan.

    Tolong faham satu perkara, saya berada di media sosial untuk buat duit, bukan untuk cari kawan. Jadi saya tak perlu datang sini untuk cari pengesahan daripada sesiapa.

    Kalau tak suka cara saya, tak mengapa sebab ia tak menjejaskan baki akaun bank saya pun. Anda buat cara anda sendiri, saya tetapkan doakan yang terbaik untuk anda semua.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  ‘Saya Belum Pernah Makan Orang, Jangan Risau Untuk Approach Saya Tau’ – Syamim Freida

    The post Zarina Anjoulie Jual Coli Hitam ‘Preloved’ Dengan Harga Bida RM5,800 – ‘Saya Cari Duit, Bukan Kawan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah