Penyanyi Zaki Yamani menafikan dakwaan hubungan renggang dengan abangnya, Osama susulan isu yang memetik pandangannya mengenai penghasilan kandungan bersama bapa mereka, Datuk Jamal Abdillah.
Artikel Berkaitan: Zaki Yamani Dedah Peminat Labur Ribuan Ringgit Untuk AMT 2026 – ‘Takut Sebab Mereka Keluarkan Duit’
Artikel Berkaitan: Zaki Yamani Respons Digelar Lelaki ‘Green Flag’ – ‘Saya Bukanlah Baik Tapi Cuba Jadi Yang Terbaik’
Tak gaduh, baik-baik saja

Ketika ditemui , Zaki memaklumkan Osama menghubunginya selepas isu berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menurut pelantun lagu Akur itu, dia menerima mesej panjang daripada Osama yang disifatkan menyentuh hati.
Osama ada saja mesej saya, dia hantar ayat yang sangat manis dan panjang.
Dia cakap terima kasih sebab sentiasa sokong dia dan berjanji akan berusaha dengan lebih gigih lagi selepas ini.
Pada awalnya, saya rasa dia mungkin salah faham atau hanya baca tajuk saja.
Tapi lepas berbincang, dia faham dan hubungan kami sebenarnya okey saja.
Zaki berkata demikian ketika ditemui pada Hari Gabungan Kuasa, Meet & Greet AMT 2026 yang berlangsung di MyKart Raceway, Shah Alam pada Ahad.
Mengulas mengenai spekulasi hubungan mereka semakin renggang, Zaki menegaskan segalanya baik sahaja meskipun kini tinggal berasingan dan agak sibuk dengan komitmen pengajian serta kerja.
Kami duduk berasingan, cuma sekarang agak sibuk sedikit.
Tapi kami selalu saja jumpa, bulan lepas pun ada, kami makan pizza.
Cuma buat masa ini masing-masing agak sibuk dengan komitmen pengajian dan kerja.
Imbas kembali, Zaki sebelum ini berharap Osama lebih aktif menghasilkan kandungan digital, termasuk bersama bapa mereka, Datuk Jamal Abdillah.
Bagaimanapun Zaki menegaskan, kandungan bersama Jamal dibuat sekadar untuk berkongsi momen santai keluarga dan bukan bertujuan menumpang populariti bapanya.
The post Zaki Yamani Nafi Gaduh Dengan Osama – ‘Bulan Lepas Baru Jumpa, Makan Pizza’ first appeared on OHBULAN!.





