32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zainal Abidin Mohon Penganjur Festival Muzik Ambil Berat Batas Agama – ‘Kita Adalah Negara Islam, Nanti Akan Jawab Di Akhirat’

    Shopee Sale



    Kebebasan dalam pergaulan dan pakaian yang menjolok mata sering menjadi elemen negatif di dalam penganjuran sesebuah konsert.

    Maka, penyanyi berpengalaman memberi pandangan berhubung isu tersebut.

    Peka soal agama

    Ketika ditemui , Zainal berpendapat syariat agama perlulah diutamakan dengan menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan serta cara pemakaian walaupun berada di dalam acara hiburan.

    Penganjuran festival sebenarnya bagus untuk industri tetapi landasan agama perlulah dipraktikan dan tak boleh dilanggar.

    Negara kita adalah negara Islam, oleh itu, pergaulan antara lelaki dan perempuan serta cara berpakaian perlu dititikberatkan.

    Kata-kata yang dikeluarkan di atas pentas juga haruslah ditapis dan diperbaiki untuk mereka yang menonton.

    Dalam masa yang sama, pelantun lagu Ikhlas Tapi Jauh itu merasakan dia bertanggungjawab terhadap tindakan para penonton.

    Oleh itu, mereka perlulah mempunyai kesedaran untuk tidak melanggar batas agama.

    Ianya adalah tanggungjawab sebab nanti akan dijawab di akhirat. Lelaki dan perempuan bukan mahram berpelukan, kerana ia seolah-olah menggalakkan dan saya yang menyanyi maka saya bertanggungjawab nanti.

    Zainal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Hausboom Music Festival 2024 yang berlangsung di Bangsar South, Kuala Lumpur.

    MENARIK:  Filem Polong Angkat Kisah Dosa Silam & Ilmu Hitam, Bakal Jalani Penggambaran Bersama Mimi Lana, Namron, Nadiya Nisaa & Ramai Lagi!

    Sementara itu, penyanyi berusia 65 tahun tersebut juga berharap agar penganjur acara hiburan turut peka dengan isu berkenaan.

    Jadi saya harap penganjur peka akan perkara ini.

    Ada ramai artis baharu yang saya tidak kenal. Dari segi pemakaian kadang kala ianya sakit mata juga. Ia tak salah pada diri mereka namun menyalahi dari sudut agama.

    Maka itu harus diperbetulkan supaya tidak keterlaluan.

    Untuk info, Hausboom Music Festival pada tahun ini akan diadakan di KL Base yang membariskan artis tempatan dan Indonesia.

    Nama-nama yang bakal mewarnai pentas Hausboom Music Festival 2024 adalah lagenda seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, kumpulan Wings, Bunkface, Masdo, Joe Flizzow, ACAB, Yaph, Airliftz dan ramai lagi barisan artis-artis tersohor.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah