
Selepas berbulan membiarkan diri diselubungi rasa sedih, individu tular dicurangi suami memilih untuk bangkit memfokuskan kebahagiaan diri dan anak-anak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Gigih Sediakan Bekal Suami Setiap Hari Tetap Dicurangi – ‘Tiada Lagi Husbento, Hanya Kidsbento’
Artikel Berkaitan: Suami Tinggal Isteri Kedua & Bayi 4 Bulan Di Masjid Ketika Balik Beraya – ‘Keluarga Di Kampung Tak Terima Dia’
6 bulan menangis…

Menurut wanita dikenali Suri itu, dia mendapat kekuatan selepas membenarkan dirinya meratapi kesedihan selama enam bulan.
Saya dah menangis selama enam bulan, masa untuk bangun.
Suri berkata demikian selepas seorang warganet mempersoalkan bagaimana mahu menjadi kuat dalam menghadapi dugaan sepertinya.
Sebelum ini, Suri berkongsi video memaparkan proses yang dilakukan sebelum pulang ke kampung untuk memulakan kehidupan baharu.
Dalam klip tersebut, ibu kepada tiga orang anak itu berkongsi telah melakukan pertukaran sekolah anak-anak serta bertemu dengan kawan-kawannya sebelum berpindah.
Difahamkan juga, Suri telah selamat tiba di kampung dan kini menetap di sana bersama tiga anaknya.
Komen netizen


Sumber: TikTok
The post Wanita Bento Dicurangi Pilih Untuk Bangkit, Balik Kampung Dengan Anak-Anak – ‘Dari Riak Muka, Macam Terlalu Lama Dia Pendam’ first appeared on OHBULAN!.





