31.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Individu Tegur Vida & Fazley Yaakob Supaya Jaga Batas – ‘Mana Perasaan Malu? Jangan Bangga Buat Dosa’

    Shopee Sale

    Seorang pengguna media sosial membuat teguran secara terbuka kepada usahawan, Datuk Seri Vida dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob susulan perkongsian momen mesra mereka di media sosial yang didakwa tidak menjaga batas pergaulan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Syed Nasihat Vida & Fazley Segera Nikah – ‘Yang Tidak Suka Dengan Perkara Baik Hanya Syaitan’

    Artikel Berkaitan: ‘Sudah-Sudahlah Dengan Cheap Marketing, Tak Malu Ke Dengan Anak-Anak’ – Isa Khan Tegur Vida, Fazley

    Jaga batas

    Menerusi hantaran di Threads, individu terbabit menasihati kedua-dua figura berkenaan supaya tidak menjadikan teguran orang ramai sebagai bahan gurauan, sebaliknya mengambilnya sebagai peringatan.

    Menurutnya, sebagai individu beragama Islam dan dikenali ramai, mereka perlu menjaga adab serta batas dalam setiap perkongsian di media sosial.

    Jangan mencabar Allah. Jangan sesekali berbangga dengan apa yang sedang dilakukan. Jangan jadikan teguran manusia sebagai bahan gurauan, kemudian semakin ditegur, semakin banyak pula kemesraan ditayangkan.

    Sebagai seorang Muslim, kita perlu menjaga kehormatan diri dan ada rasa Haya’. Haya’ adalah rasa malu terhadap Allah untuk melakukan sesuatu perbuatan yang Allah tak reda. Jadi, di manakah perasaan malu kalian?

    Dalam hantaran sama, individu tersebut turut mengingatkan bahawa setiap tindakan yang dipaparkan oleh selebriti mampu mempengaruhi masyarakat, lebih-lebih lagi golongan muda yang menjadikan mereka sebagai ikutan.

    Perbuatan menormalisasikan maksiat ini bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri. Kalian mempunyai pengaruh yang besar. Apa yang ditunjukkan akan ditonton, ditiru dan dianggap biasa oleh masyarakat.

    Kalian berdua pernah melalui fasa perceraian bersama pasangan masing-masing sebelum ini. Jadi, jangan mulakan hubungan yang baharu ini dengan perkara yang Allah tidak reda.

    Belajarlah sesuatu daripada apa yang pernah dilalui. Binalah hubungan ini dengan cara yang lebih matang, lebih terjaga dan lebih dekat dengan Allah, agar Allah memberkati hubungan ini serta rezeki yang kalian cari.

    Dalam masa sama, individu berkenaan turut menegaskan bahawa selagi belum disatukan sebagai suami isteri, batas pergaulan antara lelaki dan wanita tetap perlu dipelihara.

    Selagi belum bernikah, tetap ada batas yang perlu dijaga. Panggilan, aksi mesra, dan kemesraan yang dipertontonkan kepada umum bukan perkara kecil apabila dilakukan antara lelaki dan wanita yang belum halal.

    Allah ingatkan kita, jangan menghampiri zina. Kita semua pernah melakukan dosa. Teguran ini bukan kerana sesiapa merasakan dirinya lebih suci.

    Namun jangan bangga dengan dosa. Jangan pertahankan dosa. Jangan pula jadikan dosa sebagai content dan hiburan untuk manusia. Moga Allah kurniakan kefahaman agama buat kita semua.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  ‘Satu Pengiktirafan Untuk Kerjaya Nyanyian Saya Sepanjang Empat Dekad Dalam Industri Muzik Malaysia’

    The post Individu Tegur Vida & Fazley Yaakob Supaya Jaga Batas – ‘Mana Perasaan Malu? Jangan Bangga Buat Dosa’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah