29 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AJL40: Marsha Milan Dah Dua Minggu Hilang Suara, Satu Pasukan Jatuh Sakit – ‘Persiapan Kami Terbantut’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dia mengalami masalah hilang suara sejak dua minggu lalu selepas pulang daripada menjalani sesi rakaman di Jakarta, Indonesia.

    Artikel Berkaitan: AJL40: Lagu ‘Tiwikarma’ Diramal Jadi Juara, KOI Tidak Letak Harapan Tinggi – ‘Juri Profesional Akan Menentukan’

    Artikel Berkaitan: AJL40: ‘Habis Buletin TV3 Jangan Berganjak Depan TV, Sebab Opening Mega’

    Hilang suara

    Marsha atau nama penuhnya Marsha Milan Londoh, 40, mengakui keadaan itu membuatkan dia berasa cemas memandangkan pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) akan berlangsung kurang dari minggu.

    Saya dah alami keadaan ini sejak 15 haribulan. Bila dapat tahu, saya tak tahu nak rasa apa sebab perasaan saya bercampur-baur. Saya tertanya, kenapa jadi bila nak dekat AJL? Sebab saya tahu tempoh untuk sembuh agak lama.

    Tapi dalam masa yang sama, saya bersyukur sebab masalah ini berlaku lebih awal, bukan pada hari kejadian atau seminggu sebelum AJL. Saya belajar untuk bertawakal dan reda.

    Saya sudah berjumpa dengan tiga pakar. Insya-Allah, ada jalan penyelesaiannya. Buat masa sekarang, saya hanya fokus kepada proses penyembuhan.

    Marsha berkata demikian ketika ditemui pada sesi Meet & Greet AJL40 yang berlangsung di Pasar Seni, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

    Berkongsi lanjut mengenai keadaan yang dialaminya, penyanyi lagu Tangisan Seorang Pendosa itu berkata antara simptom yang dialaminya seperti sakit tekak, cirit birit dan pening.

    Saya kurang pasti puncanya. Tapi semuanya bermula ketika saya berada di Jakarta untuk sesi rakaman. Mula-mula sakit tekak, kemudian selang seminggu muncul simptom seperti cirit-birit, muntah, pening, migrain, demam, selsema, batuk dan sebagainya.

    Alhamdulillah, hari ini saya nampak sedikit perkembangan positif. Jadi saya harap keadaan akan bertambah baik, insya-Allah.

    Lebih mengejutkan, Marsha mendedahkan bukan dirinya sahaja yang berdepan masalah kesihatan, malah hampir keseluruhan pasukannya yang terlibat dalam persiapan AJL40 turut jatuh sakit sehingga menjejaskan jadual latihan.

    MENARIK:  [VIDEO] Pempengaruh Dedah Harga Jam Tangan Johan Ghazali Hampir RM100k Seutas – ‘Semenjak Dapat Bonus, Saya Nampak Dia Banyak Buat Pembelian’

    Bagaimanapun, penyanyi itu menolak dakwaan yang mengaitkan penyakit dialaminya dengan unsur mistik atau perbuatan khianat.

    Sejujurnya saya tak terfikir pun ke arah itu. Saya cuba elakkan daripada memikirkan perkara yang boleh mengganggu fikiran saya. Tambahan pula sekarang memang sedang tular wabak seperti influenza dan virus lain. Jadi saya yakin itulah puncanya.

    Saya sebenarnya agak ralat sebab hampir semua pasukan saya untuk AJL pun jatuh sakit. Ada seorang yang dimasukkan ke hospital, seorang lagi masih dalam proses pemulihan dan semuanya mengalami simptom yang sama.

    Jadi saya harap dengan doa semua orang, mereka pun akan cepat sembuh sebab persiapan kami memang terbantut hampir dua minggu. Harap-harap mereka sempat kembali cergas untuk meneruskan persiapan.

    Dalam masa sama, Marsha memohon doa daripada peminat agar dia dan seluruh pasukannya diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan menjelang pentas AJL40.

    The post AJL40: Marsha Milan Dah Dua Minggu Hilang Suara, Satu Pasukan Jatuh Sakit – ‘Persiapan Kami Terbantut’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah