31.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nabila Huda Tulis Luahan Kepada PM, Minta Isu Penderaan Haiwan Dipandang Serius

    Shopee Sale

    Pelakon, Nabila Huda berharap pihak kerajaan mengambil langkah lebih tegas dengan memperketatkan undang-undang terhadap individu yang menganiaya, mendera dan membunuh haiwan tanpa alasan yang munasabah.

    Artikel Berkaitan: ‘Dapat Berlakon Dengan Nabila Huda, Ibarat Mimpi Jadi Realiti’ – Hun Haqeem

    Artikel Berkaitan: Nabila Huda Tak Sabar Nak Hitamkan Semula Rambut ‘Blonde’ – ‘Nampak Pelik, Gaya Ini Hanya Untuk Watak’

    Isu penderaan haiwan

    Menerusi hantaran di Threads, Nabila atau mesra disapa Abil menulis luahan terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar isu penderaan haiwan diberikan perhatian serius demi memastikan nasib haiwan terus terbela.

    YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya sedar YAB memikul tanggungjawab jauh lebih besar dalam mentadbir negara. Namun, saya merayu agar luangkan sedikit masa untuk mendengar suara kami.

    Hati dan jiwa kami hancur setiap kali melihat haiwan didera, diseksa dan dibunuh dengan begitu kejam. Sampai bila mereka perlu terus menderita tanpa pembelaan?

    Sudah tiba masanya undang-undang dan hukuman terhadap pelaku penderaan haiwan diperketatkan agar setimpal dengan kekejaman yang dilakukan.

    Dalam perkongsian sama, pelakon filem Munafik menegaskan bahawa isu penderaan haiwan tidak seharusnya dipandang ringan kerana hal itu mencerminkan tahap nilai kemanusiaan dan belas ihsan dalam masyarakat.

    MENARIK:  Sathiya Tak Mahu Bebankan Mana-Mana Pihak, Syukur Kesihatan Semakin Pulih Selepas Diserang Angin Ahmar

    Katanya, haiwan juga merupakan makhluk yang mempunyai perasaan, mampu merasai kesakitan serta ketakutan.

    Penderaan haiwan bukanlah isu kecil. Ia mencerminkan siapa kita sebagai sebuah masyarakat dan sejauh mana nilai belas ihsan yang kita miliki.

    Di manakah keadilan untuk haiwan? Di manakah nilai kemanusiaan kita? Mohon berikan hukuman setimpal kepada mereka yang melakukan penderaan terhadap haiwan. Haiwan tidak mempunyai suara untuk mempertahankan diri, tetapi kita ada.

    Semoga kita sentiasa mempertahankan nilai kemanusiaan dalam setiap bentuk kehidupan, termasuk makhluk yang tidak mampu bersuara. Mereka juga merasai kesakitan. Mereka juga merasai ketakutan.

    Mereka berhak menerima kasih sayang, perlindungan dan keadilan. Dari lubuk hati saya yang paling dalam, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk mendengar suara mereka yang tidak mampu bersuara bagi mempertahankan diri.

    Perkongsian Nabila itu mendapat perhatian ramai warga maya yang turut menyuarakan sokongan terhadap gesaannya supaya hukuman terhadap pelaku penderaan haiwan diperketatkan.

    Sumber: Threads

    The post Nabila Huda Tulis Luahan Kepada PM, Minta Isu Penderaan Haiwan Dipandang Serius first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah