29 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Walaupun kalah, anda semua sentiasa dalam hati’

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengakui kekalahannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah hari ini.

    Dia berkata pasukan kempen PH melakukan yang terbaik di Chennah tetapi tetap kalah dengan majoriti tidak sampai 500 undi.

    “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua. Tolong jangan berkecil hati atau kecewa. Kami akan terus bersama anda semua.

    "Walaupun kami tidak dapat memenangi kerusi ini, anda semua akan sentiasa berada di dalam hati kami," katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook Sin Chew Daily.

    Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Loke, Adun Chennah selama tiga penggal kalah kepada calon BN Siow Kong Choon.

    MENARIK:  KK Mart jual sandwic ‘ham’ disimbah cat merah

    Di BN memperolehi 5,418 undi berbanding Loke hanya mendapat 4,927 undi, membolehkan Siow menang dengan majoriti kurang 500 undi.

    Selain Loke, bekas menteri besar Aminuddin Harun juga turut tumbang di Linggi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah