26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Azmi Saat Kongsi Cara OKU Penglihatan Guna Sistem Braille Di Telefon Pintar

    Shopee Sale

    Penyanyi Azmi Saat berkongsi cara menggunakan sistem braille di telefon pintar bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan.

    Artikel Berkaitan: Azmi Saat Kongsi Cara OKU Penglihatan Guna Telefon Pintar & Baca Komen Media Sosial – ‘Apa Korang Tulis, Like Semua Saya Tahu’

    Artikel Berkaitan: ‘Kami Golongan OKU Tak Minta Dilayan Seperti Raja, Cuma Harapkan Layanan Sepatutnya’ – Azmi Saat

    Sistem braille

    Menerusi perkongsian di Threads, Azmi atau nama lengkapnya Khairul Azmi Muhammad Saat, 39, menjelaskan bahawa kesalahan menaip yang sering berlaku adalah disebabkan mereka menggunakan sistem braille di telefon bimbit.

    Selalunya, kita agak kesalahan menaip pada sesuatu tulisan adalah dengan menukarkan pada huruf-huruf berhampiran.

    Tapi kalau baca tulisan saya kadang-kadang susah sikit.

    Sebab saya menaip gunakan sistem braille. Ya, pada telefon kita ada sistem braille.

    Bagi memberi gambaran kepada orang ramai, vokalis kumpulan Caliph Buskers itu turut memuat naik sebuah video yang memaparkan cara dia menggunakan sistem braille untuk menaip di telefon.

    MENARIK:  Jangan Mengutuk Lawak Jenaka Saya, Tidak Apa Jika Tidak Dipuji - Ebby Yus

    Dalam masa yang sama, Azmi juga berkongsi ciri istimewa yang ada pada telefon pintar bagi memudahkan golongan OKU penglihatan untuk menaip.

    Dekat Malaysia kita selalunya akan menggunakan enam dot untuk tulisan braille ini.

    Jadi, kita kena hafal berapa dot untuk setiap huruf.

    Dulu masa sekolah pun kami sudah mula hafal dot ini.

    Cuma kadang-kadang, kalau kita tulis laju akan ada kesalahan atau typo.

    Kalau guna keyboard biasa mungkin agak kecil tapi kalau kita guna braille, kita boleh menaip dengan lebih laju.

    Jadi jangan pelik, kalau typo saya agak berlainan.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Azmi Saat Kongsi Cara OKU Penglihatan Guna Sistem Braille Di Telefon Pintar first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah