31.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azizulhasni Awang Raikan Emas Komanwel Glasgow Dengan Bacaan Al-Quran, Netizen Rasa Sebak

    Shopee Sale

    Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menutup penampilan terakhirnya di pentas Sukan Komanwel dengan penuh bergaya apabila akhirnya berjaya menamatkan penantian selama 16 tahun untuk meraih pingat emas acara keirin lelaki di Glasgow, pada pagi Sabtu.

    Artikel Berkaitan: Isteri Sebak Dengar Ucapan Azizulhasni Awang – ‘Terima Kasih Sayang Banyak Berkorban Untuk Saya & Anak-Anak’

    Artikel Berkaitan: ‘Sejak 20 Tahun Lalu Azizulhasni Awang Telah Membanggakan Malaysia, Kita Tidak Boleh Lupa Jasanya ‘ – Nicol Ann David

    Bacaan al-Quran

    Kejayaan manis itu sekali gus melengkapkan koleksi pencapaiannya di temasya berprestij tersebut selepas sekian lama memburu gelaran juara.

    Lebih menyentuh hati, Azizul atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman meraikan kemenangannya dengan mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran daripada Surah al-An’am sebagai tanda bersyukur.

    Dalam video yang dikongsikan, Azizul dilihat tenang melafazkan ayat suci itu sambil mengenakan jersi pasukan kebangsaan dan mengalungkan pingat emas yang baru dimenanginya di leher.

    Surah al-An’am ayat satu hingga sembilan menekankan bahawa Allah SWT ialah satu-satunya Pencipta langit dan bumi, Penguasa seluruh alam serta Tuhan yang berhak disembah.

    Rumusan ayat satu hingga sembila surah al-An’am menegaskan bahawa Allah ialah satu-satunya Pencipta langit dan bumi, Penguasa segala sesuatu, serta Tuhan yang berhak disembah. Walaupun bukti-bukti kekuasaan Allah begitu jelas, masih ada manusia yang memilih untuk ingkar.

    Ayat-ayat ini juga menjelaskan bahawa penolakan terhadap para rasul bukanlah perkara baharu, kerana umat terdahulu turut mendustakan utusan Allah.

    Orang yang enggan beriman sering meminta mukjizat mengikut kehendak mereka, tetapi keingkaran yang berpunca daripada hati tidak akan hilang walaupun mukjizat yang besar ditunjukkan.

    Perkongsian momen itu mengundang rasa sebak dalam kalangan peminat yang memuji tindakan Azizul menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT selepas melakar kejayaan terbesar dalam penampilan terakhirnya di Sukan Komanwel.

    MENARIK:  Siti Khadijah Perjelas Isu Lelaki Korea – ‘Kalau Saya Kata Suka Suami Orang, Susah Pula Nanti’

    Difahamkan, edisi Glasgow 2026 menjadi penampilan terakhir Azizulhasni di pentas Sukan Komanwel, sekali gus menutup tirai kariernya di temasya itu dengan hadiah paling bermakna buat negara.

    Sumber: Instagram

    The post Azizulhasni Awang Raikan Emas Komanwel Glasgow Dengan Bacaan Al-Quran, Netizen Rasa Sebak first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah