29 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Habiskan 36 Tahun Asah Kemahiran, Kau Tawar RM1000 Satu Episod! Memang Menghina’ – Chef Zam

    Shopee Sale

    Cef selebriti, Cef Profesor Datuk Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Cef Zam meluahkan rasa kurang senang apabila menerima tawaran daripada sebuah produksi yang disifatkannya tidak setimpal dengan pengalaman serta kepakaran dimiliki.

    Artikel Berkaitan: Isu ‘Menggeletis’ Balik Kerja Awal Bulan Ramadan, Cef Zam Mohon Maaf – ‘Saya Bergurau’

    Tawaran tak setimpal

    Menerusi perkongsian di Threads, Cef Zam mendakwa dirinya dihubungi oleh pihak produksi bagi menjayakan sebuah penggambaran, namun kecewa apabila urusan berkenaan dikendalikan tanpa adab dan profesionalisme yang sepatutnya.

    Cef Zam mendakwa, individu yang menghubunginya bukan sahaja gagal memperkenalkan diri dengan baik, malah turut mengemukakan tawaran bayaran yang dianggap tidak masuk akal.

    Pesanan pilihan kepada stesen-stesen TV. Jangan lagi tugaskan pembantu penerbit atau pelatih yang tidak berpengalaman untuk menghubungi saya melalui panggilan atau WhatsApp.

    Tanpa ada usaha dan adab untuk memperkenalkan diri terlebih dahulu, terus sahaja datang dengan soalan serta tawaran yang tidak masuk akal.

    Bukan saya sombong atau mahu meletakkan harga terlalu tinggi, tetapi tawaran RM1,000 untuk satu episod itu memang menghina! Sedangkan program berkenaan mempunyai penaja daripada jenama besar.

    Dalam hantaran sama, Cef Zam turut mempersoalkan kewajaran tawaran tersebut memandangkan program berkenaan dikatakan mempunyai penajaan daripada jenama besar.

    Apa yang berlaku? Kamu semua masih hidup dalam era 1980-an? Ke mana perginya bajet yang dikenakan kepada jenama tersebut?

    Saya sudah menghabiskan 36 tahun mengasah kemahiran, membina pengalaman dan mencipta nama dalam industri ini. Jadi, kamu mahu menawarkan saya hanya RM1,000?

    Luahan tersebut dipercayai dibuat sebagai teguran kepada pihak produksi dan stesen televisyen supaya lebih menghargai pengalaman serta kepakaran penggiat industri ketika menawarkan sesuatu projek.

    MENARIK:  [VIDEO] Harris Annuar Dedah Jerih Perih Kak Ton Cipta Nama – ‘Mummy Jual Jamu Dari Flat, Pernah Setahun Tak Ada Jualan’

    Sumber: Threads

    The post ‘Saya Habiskan 36 Tahun Asah Kemahiran, Kau Tawar RM1000 Satu Episod! Memang Menghina’ – Chef Zam first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah