33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zahirah Macwilson Kongsi Perkembangan Kesihatan Nenek Tercinta – ‘Masih Bertenaga & Ingatannya Masih Kuat’

    Shopee Sale



    Pelakon Zahirah Macwilson berkongsi perkembangan terkini nenek kesayangannya, Faridah Binti Nyak Mohd yang kini dirawat di sebuah hospital di Shah Alam, Selangor.

    Artikel berkaitan: Menu Berpantang Zahirah Macwilson Jadi Tumpuan, Dah Macam Hotel 5 Bintang! – ‘Kami Makan Ikan Kering Bakar Je’

    Artikel berkaitan: Zahirah Macwilson Selamat Bersalin Anak Perempuan, Beri Nama Inara Raisa

    Kegagalan buah pinggang

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Zahirah memaklumkan neneknya mengalami kegagalan buah pinggang, jantung lemah dan paru-paru berair.

    Malah, doktor juga tidak memberi sebarang harapan bahawa neneknya bakal sembuh seperti biasa.

    Perkembangan terkini tentang nenek kesayangan saya. Buah pinggangnya gagal berfungsi. Jantungnya lemah dan paru-paru berair. Dia nak makan tapi tak boleh.

    Doktor tidak berharap untuk sembuh. Tapi bagaimanapun, nenek masih bertenaga dan ingatannya masih kuat.

    Dalam pada itu, Zahirah memberi kata-kata semangat buat neneknya untuk kembali sihat agar mereka dapat meluangkan masa bersama di rumah.

    Nenek kena cepat balik okay. Balik rumah Ira kita makan sedap-sedap, baca surat khabar setiap pagi dan tengok drama sampai tengah malam.

    Bilik yang kami buat untuk nenek akan sentiasa jadi ‘bilik nenek’.

    MENARIK:  [VIDEO] Adira Bebel Dekat Anak Sebab Tak Pandai Kemas Katil, Ayat Terakhir Tu Win! – ‘Kalau Dapat Lelaki Kaya Tak Pe’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah