34.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jalaluddin nafi empat Adun Umno akan sertai k’jaan minoriti

    Shopee Sale

    Pengerusi Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias menafikan spekulasi yang mengatakan ada Adun parti mereka membuat pusingan U untuk menyertai kerajaan minoriti pimpinan Menteri Besar Aminuddin Harun.

    Jalaluddin menyifatkan laporan media yang mendakwa kononnya empat Adun berkenaan akan dilantik menjadi exco sebagai palsu.

    "Palsu, semua kekal dan kukuh. Tak berubah," katanya ringkas kepada media di Seremban hari ini.

    Terdahulu, Sinar Harian melaporkan spekulasi empat Adun Umno membuat pusingan U dan mengisi kekosongan jawatan exco.

    Antara nama yang dikaitkan ialah Adun Lenggeng, Mohd Asna Mohd Amin yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

    MENARIK:  Op Pedo: Budak 12 tahun, pelajar menengah antara ditahan

    Selain Mohd Asna, Adun Jeram Padang Mohd Zaidy Abdul Kadir dan Adun Seri Menanti Muhammad Sufian Maradzi turut dikaitkan.

    Bagaimanapun Mohd Asna dan Mohd Zaidy menafikan spekulasi berkenaan.

    "Sebagai ahli Umno segala keputusan adalah mengikut saluran parti dan bukan keputusan individu.

    "Saya serahkan semua keputusan kepada presiden dan pucuk pimpinan parti," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah