31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zahirah Macwilson Kongsi Pengalaman Suami Meminta Bantu Periksa Tatabahasa Sebelum Muat Naik Ucapan Ulangtahun Di IG

    Shopee Sale



    Pelakon Zahirah Mac Wilson baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29, semalam. Berikutan daripada itu, suaminya yang juga merupakan pelakon, Aiman Hakim Ridza telah memuat naik satu posting beserta ucapan istimewa buat isteri tercinta.

    I love you

    Menurut Aiman, sejak beberapa bulan yang lalu, dia sangat sibuk menjalani penggambaran dan melakukan pelbagai kerja berkaitan pengubahsuaian rumah. Tambah Aiman, kesibukan itu masih berterusan sehingga kini.

    Beberapa bulan ini memang sangat penat dan sibuk. Dari shooting, renovation sampai la setting back untuk projek seterusnya. Otak saya penuh dengan banyak benda sampai jalan balik rumah boleh silap.

    Bahkan, semasa hari jadi isteri saya pun kami masih sibuk. Saya tahu ini bukan sambutan yang terbaik tetapi saya nak Zahirah tahu yang kami sentiasa ada untuk satu sama lain.

    Meskipun tidak dapat menyambut hari kelahiran Zahirah secara meriah, Aiman berkata, dia sentiasa ada untuk isterinya itu.

    Ia akan jadi memori buat kita untuk bercakap semasa hari tua nanti. Saya mahu mengucapkan selamat hari jadi yang ke 29 to this amazing woman. I love you dan terima kasih kerana sentiasa jadi diri awak sendiri. Semoga dipanjangkan umur dan dirahmati.

    Menjengah di ruangan komen, Zahirah turut meluahkan ungkapan ‘I love you’ terhadap Aiman. Lebih mencuri tumpuan, Zahirah sempat berseloroh dan berkata, Aiman meminta tolongnya untuk memeriksa ‘grammar‘ sebelum memuat naik posting tersebut di Instagram.

    MENARIK:  [VIDEO] Zarina Anjoulie Banyak Kali Dipermain Lelaki, Nasihat Wanita Jangan ‘Hanyut’ Ketika Bercinta

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah