28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Yusuf Bahrin Mahu Saman Individu, Berang Dilabel Tidak Sekufu – ‘Zizi Kirana Dah Berhijrah, Tapi Dia Masih Dalam Bidang Lakonan’

    Shopee Sale

    Pelakon Yusuf Bahrin tampil memberi amaran kepada seorang individu yang memberi pendapatnya sehingga menimbulkan pelbagai reaksi antara netizen ekoran penceraiannya bersama penyanyi Zizi Kirana.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zizi Kirana, Yusuf Bahrin Sah Bercerai Talak Satu

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya & Zizi Dah Buat Yang Terbaik Untuk Selamatkan Rumah Tangga’ – Yusuf Bahrin

    Saman

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu berpendapat hubungan Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana tidak sekufu.

    Tambahnya lagi, pelantun lagu Eh itu dilihat lebih banyak berjihad ke jalan Allah manakala Yusuf masih aktif dalam bidang lakonan yang disifatkan tidak menjaga batas sebagai seorang muslim.

    Nak jujur sikit, Zizi dah berhijrah, sertai usrah dan Sumud Flotilla.

    Yusuf masih dalam bidang lakonan. Pegang dan peluk-peluk dengan bukan muhrim.

    Rasa macam tak sesuai.

    Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Yusuf atau nama lengkap Muhammad Yusuf Bahrin, 34, yang tampil memberi amaran untuk menghantar surat saman.

    Aku dah ada maklumat peribadi kau.

    Kalau kau tak padam hantaran bodoh kau, aku akan ambil tindakan undang-undang dan saman.

    Pada Khamis, Yusuf dan Zizi sah bercerai talak satu secara raji’e di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

    MENARIK:  Aina Abdul, Ernie Zakri & Misha Omar Bakal Rebut Tempat Ke AJL39! Ini Senarai 30 Lagu Mara Ke SFMM39

    Sebelum ini, netizen mula menghidu pergolakan hubungan mereka apabila mendapati pasangan tersebut tidak lagi mengikuti akaun media sosial satu sama lain dan tidak menyambut Aidilfitri bersama.

    Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga 19 September 2021 dan pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata.

    Sumber: Threads @anisadrianaa._

    The post Yusuf Bahrin Mahu Saman Individu, Berang Dilabel Tidak Sekufu – ‘Zizi Kirana Dah Berhijrah, Tapi Dia Masih Dalam Bidang Lakonan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah