31.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tya Arifin Manfaatkan Ilmu ‘Breastfeeding’, Selesa Jaga Sendiri Anak Bongsu – ‘Susu & Semua Keperluan Saya Sediakan’

    Shopee Sale



    Pelakon dan usahawan, Tya Arifin ingin menyusukan anak bongsunya, Aghia Amira Jiwa buat jangka masa yang lama.

    Sanggup bersusah payah

    Ketika ditemui , menantu biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berharap dia diberikan kesempatan untuk melakukan perkara yang sama seperti anak-anaknya yang lain.

    Insya-Allah, doakan. Sama macam Arif dan Azzahra, alhamdulillah diberi kesempatan.

    Mungkin kalau ada rezeki kita nak sama (kadar menyusu badan berpanjangan).

    Ketika ditanya mengapa sanggup bersusah payah untuk memberi susu badan buat kadar yang panjang, Tya berkata dia mahu menggunakan ilmu yang dipelajarinya sebelum ini.

    Katanya, sekiranya ada kemahuan pasti boleh lakukan.

    Breastfeeding journey memang tak mudah, tapi kalau tahu cara ia akan menjadi senang.

    Dengan anak-anak sebelum ini, saya ada belajar dari pakar penyusuan jadi sedikit sebanyak saya ada ilmu itu.

    Saya faham, saya pun pernah berada di posisi kurang mengetahui tentang perkara itu, tapi kalau ada ilmu insya-Allah.

    Bila ada ilmu, memang boleh buat. Sudah tentu kena ada displin tetapi sokongan sekeliling juga penting.

    Bayi jaga sendiri

    Bercerita lanjut, Tya berkata dia menjaga bayinya sepenuh masa tetapi mengupah pengasuh untuk menjaga anak-anaknya yang lain.

    Kalau bayi, saya yang lebih menjaga kecuali kalau ada event saya akan tinggal sekejap.

    Susu dan semua keperluan saya dah sediakan siap-siap.

    Sementara itu, Tya turut berkata dia memantau anak-anaknya bagi mengelakkan menjadi mangsa penderaan.

    MENARIK:  ‘Saya Pernah Masak Pindang Otak Lembu Untuk Arwah Jalil Hamid, Itu Antara Kegemarannya’ – Tarmimi Siregar

    Di kesempatan itu juga, Tya menyatakan rasa dukacita terhadap perkara yang menimpa keluarga bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha dan pelakon Ayu Raudhah.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah