Pelakon Azhan Rani, tampil memohon maaf kepada pemenang kategori Cerita Asal Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM 35) iaitu Sun-J Perumal dan Sivanantham Perianan berikutan tersasul semasa memberikan ucapan kepada mereka.
Artikel Berkaitan: Azhan Rani Hilang IC Lagi, Kali Ketiga Dalam Tempoh Tiga Bulan – ‘Hari Ini Aku Marah Diri Sendiri’
Mohon maaf

Menerusi hantaran di Instagram, Azhan, 50, yang merupakan penyampai anugerah pada malam tersebut mengakui kejadian berkenaan berlaku di luar kawalannya dan menjelaskan tentang situasi sebenar.
Menurut Azhan, dia menyedari akan kesilapannya itu selepas selesai memberikan trofi di atas pentas bersama teman penyampai Zahiril Adzim.
Kalau tak kelam kabut memang akan ada benda bodoh berlaku dekat aku.
Masa aku sampaikan trofi pada pemenang kategori Cerita Asal Terbaik FFM35, aku nak cakap tahniah dekat pemenang tapi aku cakap terima kasih. Yang menang tu pun cakap terima kasih.
Lepas salam masa berjalan balik bersama Zahiril tu baru otak aku berfungsi. ‘Bagi trofi je bukan menang.’ Itu yang aku bisik dekat Zahiril, aku dah buat benda bodoh.
Mengakui kekhilafannya, Azhan berseloroh tidak mahu lagi mengulangi kejadian sama di mana-mana anugerah selepas ini.
Apa pun maaf sangat kepada pemenang kategori tersebut, Mr Sun J-Perumal dan Mr Sivanantham sebab otak saya tak berfungsi baik malam tu.
Malu la juga, lepas ni jangan panggil aku lagi untuk benda-benda macam ini. Aku ini darah gemuruh.
Sumber: Instagram Azhan Rani
The post Azhan Rani Mohon Maaf Tersasul Ucap Terima Kasih Kepada Pemenang FFM35 – ‘Saya Nak Cakap Tahniah…’ first appeared on OHBULAN!.





