Seorang wanita berkongsi tips menutup aurat dengan sempurna ketika menjalani prosedur Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) di hospital.
Artikel Berkaitan: Sarat Hamil Enam Bulan, Elly Mazlein Kena Masuk Hospital & Jalani MRI
Cara-cara menutup aurat

Menerusi perkongsian di Facebook, wanita dikenali Isyida Syahidah berkata para wanita yang menjalani prosedur itu perlulah memakai pakaian yang mudah untuk ditukar.
Wajib pakai handsock panjang (bukan yang sampai siku saja) yang jenis kain saja (macam cotton) tanpa apa-apa logo besi.
Kemudian, pakai tudung sarung berwarna gelap (paling mudah hitam) dan jenis kain yang tebal sebab nanti perlu salin baju yang nipis dan membuka pakaian dalam. Pastikan tiada sebarang pin atau besi logo.
Jenis dan warna memainkan peranan penting untuk elak nampak bentuk badan khususnya bahagian dada.
Sementara itu, Isyida turut menyarankan agar para wanita memakai tudung sarung yang labuhnya mencecah pinggang supaya aurat sentiasa terjaga apabila menyalin pakaian.
Pakai seluar track yang tiada besi supaya tidak perlu buka semua dan tinggal hanya sehelai sepinggang dengan baju putih hospital tu.
Pakai stokin yang tiada besi dan pastikan tidak memakai barangan kemas atau besi di badan.
Menurutnya, cara ini juga membantu mengelakkan rasa sejuk kerana prosedur ujian itu mengambil masa yang agak lama.
Sumber: Facebook
The post Wanita Kongsi Cara Menjaga Aurat Ketika Jalani MRI – ‘Dekat Dalam Itu Bukan Semua Perempuan’ first appeared on OHBULAN!.





