30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Tak Halalkan Hutang Nafkah, Arwah Bekas Suami Culas Tanggungjawab Dengan Anak – ‘Pintu Hati Belum Terbuka’

    Shopee Sale

    Seorang pemanggil radio Kool 101 meluahkan rasa berat hati dengan tindakan bekas suami yang culas tanggungjawab kepada satu-satunya amanah Allah.

    Artikel Berkaitan: Shuk Sahar Berang Fara Salleh Petik Nama Ibu Bapa, Tunjuk Bukti Transaksi Nafkah – ‘Jangan Main Gila Dengan Aku’

    MENARIK:  Permohonan Pegawai Tetap Angkatan Tentera Malaysia Kini Dibuka

    Artikel Berkaitan: Elliza Razak Tertekan, Dakwa Diganggu Gara-Gara Hutang Bekas Suami – ‘Dah 4 Bulan Tak Bagi Nafkah Anak’

    Bekas suami tak bagi nafkah anak

    " data-video-id="7548785042382753032" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @kool101my

    Semua anak berhak dapat yang terbaik 🙌🏻 Tapi ada ayah yang sejak lahir tak pernah beri nafkah untuk anaknya. Inilah kisah Linda bila arwah bekas suaminya gagal menunaikan tanggungjawabnya. Bukan sekadar soal duit, tapi tentang tanggungjawab yang sepatutnya tidak boleh diabaikan. Jadi ini peringatan untuk semua ayah di luar sana nafkah bukan sekadar kewajipan undang-undang, tapi bukti kasih sayang dan tanggungjawab yang nyata. #Kool101 #SemasaDanSosial #MuzikYangFamiliar #PakNildiKool101 #PagiOnPoint

    ♬ original sound – Kool 101 – Kool 101

    Menerusi luahan yang dimuat naik di TikTok radio Kool 101, pemanggil wanita yang dikenali sebagai Linda itu berkongsi keadaan dirinya yang diceraikan semasa sarat mengandung.

    Difahamkan, bekas suami meninggal dunia di usia anaknya sekitar 12 tahun.

    Kami bercerai semasa anak itu masih lagi dalam kandungan.

    Kami tak dapat nak teruskan penceraian sebab saya mengandung ketika itu.

    Saya ada tuntut nafkah anak di luar mahkamah. Tapi dia tak nak, mungkin sebab dendam dengan saya.

    Dia dah meninggal dunia sekitar anak umur 12 tahun. Dia tak pernah cari anak dia.

    ‘Saya tak halalkan hutang nafkah’

    Sekadar gambar hiasan

    Dalam pada itu, pemanggil terbabit akui masih tidak mampu untuk menghalalkan hutang nafkah arwah bekas suami pada anak.

    Ujarnya, dia menyediakan keperluan anak dengan mencari kerja bagi menampung kehidupan sejurus habis tempoh berpantang.

    Selepas bercerai itu, saya terkontang-kanting cari kerja. Lepas habis pantang, saya kena kerja untuk diri saya dan anak.

    Saya maafkan perbuatan dia. Tapi sampai sekarang saya tak boleh nak halalkan hutang nafkah dia pada anak.

    Pintu hati saya belum terbuka.

    Saya tidak berdendam tapi berat untuk saya halalkan.

    Bila pandang anak, saya jadi geram balik.

    Sumber: TikTok @kool101my

    The post Wanita Tak Halalkan Hutang Nafkah, Arwah Bekas Suami Culas Tanggungjawab Dengan Anak – ‘Pintu Hati Belum Terbuka’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah