Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuka peluang kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memiliki Ijazah Sarjana Muda untuk menyertai perkhidmatan ATM sebagai Pegawai Tetap.
Permohonan dibuka

Rakyat Malaysia yang bercita-cita untuk berkhidmat dalam Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), mahupun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) boleh cuba mengemukakan permohonan melalui portal rasmi kerjaya ATM yang dibuka mengikut dan syarat kelayakan dan syarat-syarat khusus.
Pengambilan ini menawarkan dua skim kemasukan utama, iaitu sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (PKLI) dan juga Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas Kor Kesihatan Diraja (Peg STI KKD).
Dari segi syarat-syarat am fizikal dan umur, pemohon diwajibkan untuk berada dalam keadaan sihat tubuh badan. Ketinggian minimum yang ditetapkan adalah 162 sentimeter bagi lelaki dan 157 sentimeter bagi wanita.
Selain itu, Indeks Jisim Badan atau Body Mass Index (BMI) mestilah berada dalam lingkungan 18.0 hingga 25.9.
Syarat had umur pula berbeza mengikut skim bagi calon PKLI tidak boleh melebihi usia 27 tahun manakala calon Peg STI KKD tidak boleh melebihi 30 tahun, pada 1 September 2026.
Bagi kriteria akademik, semua calon diwajibkan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setara yang diiktiraf, dengan syarat tambahan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus Ujian Lisan Bahasa Melayu.
Khusus untuk Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (PKLI), calon mesti memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
Sementara itu, calon Peg STI KKD pula memerlukan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perubatan, Pergigian, atau Farmasi yang juga diiktiraf oleh MQA dan telah tamat program housemanship serta berdaftar sepenuhnya dengan badan profesional yang berkaitan seperti Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia atau Lembaga Farmasi Malaysia.
Permohonan hanya boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan rasmi yang disediakan di
Tarikh permohonan telah bermula pada 26 November 2025 dan akan tamat pada 13 Mac 2026.
Sumber: Facebook Angkatan Tentera Malaysia
The post Permohonan Pegawai Tetap Angkatan Tentera Malaysia Kini Dibuka first appeared on OHBULAN!.





