29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Puad: Lebih baik Suhaizan ugut DAP berbanding BN Johor

    Shopee Sale

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, hari ini mengingatkan salah seorang pemimpin kanan Amanah supaya tidak sesekali cuba mengugut selepas BN Johor memilih untuk bergerak sendirian dalam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi..

    Sebaliknya Mohd Puad secara sinis meminta Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat bertanya sendiri kepada Pengerusi PH merangkap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, jika dia akan tunduk kepada “ugutan DAP.”

    Hal itu, kata Mohd Puad, berlaku selepas Anwar sendiri menegaskan agar dia tidak diugut oleh sesiapa.

    “Suhaizan jangan cuba ugut BN Johor. Lebih wajar Amanah ugut DAP kerana DAP yang terang-terangan mengugut PMX (Anwar).

    “Semua menteri DAP akan letak jawatan pada Julai ini. Apakah itu bukan ugutan?” katanya dalam kenyataan melalui media sosial hari ini.

    Terdahulu, Suhaizan yang juga Pengarah Pembangunan Sumber Manusia Amanah Nasional dalam kenyataannya berkata Anwar telah memberi peluang terakhir kepada BN untuk berunding soal kerusi bagi PRN Johor.

    Suhaizan berkata, Umno dan BN wajar membuat pilihan dengan baik dan tidak sesekali bersikap angkuh.

    Ia berlaku ketika BN dah PH semakin terbuka menyerang antara satu sama lain di sebalik hubungan mereka sebagai kerajaan perpaduan sama ada di peringkat pusat atau negeri.

    Suhaizan Kaiat

    Pertikaian terbuka itu berlaku selepas BN Johor mengumumkan mereka akan meletakkan calon di semua 56 kerusi DUN dan disambut dengan nada serupa oleh PH.

    MENARIK:  Scam, buli siber dan pengantunan tumpuan Kod Tatalaku media sosial

    Johor kini di ambang PRN berdasarkan kali terakhir negeri itu menjalankan pilihan raya iaitu pada 12 Mac 2022. Perlembagaan menetapkan sesuatu mandat akan tamat apabila mencapai tahap matang lima tahun.

    Namun biasanya kerajaan akan membubarkan DUN atau parlimen sebelum tiba waktu akhir tersebut. Sebuah pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas terbubarnya DUN atau parlimen tersebut.

    Mohd Puad DAP mengugut untuk melepaskan jawatan menteri yang disandang pemimpinya kerana membantah keras jika Najib Razak diberi pengampunan atau dibenarkan menjalani tahanan dalam rumah.

    Dakwa Speaker DUN Johor itu, DAP malu parti berkenaan berjuang habis-habisan supaya Najib dimasukkan penjara terkait dengan skandal 1MDBN.

    “Apakah Suhaizan sokong ugutan DAP itu? Jangan lupa, PMX juga dapat pengampunan.

    "Suhaizan kena tanya PMX, apakah dia tunduk kepada ugutan DAP?” katanya lagi.

    Mohd Puad turut menjelaskan sikap diambil BN Johor yang memilih untuk tidak bekerjasama dengan PH menghadapI PRN.

    “BN Johor tidak mengugut, tetapi bimbang terlepas peluang menyemurnakan agenda Maju Johor 2030," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah