Seorang wanita Korea Selatan dijatuhi penjara tujuh tahun kerana mencederakan suaminya secara kejam dengan cara memotong dan menetak kemaluan sebanyak 50 kali.
Artikel Berkaitan: Lelaki Cab*l Anak Saudara Berusia 5 Tahun, Alasan Tak Dapat Kawal Nafsu Lepas Tonton Video Luc*h
Artikel Berkaitan: Budak 6 Tahun Menangis, Mengadu Kemaluan Merah & Sakit..Rupanya Dicabul Bapa Tiri Masa Ibu Keluar Kerja
Merancang serangan bersama anak perempuan & menantu

Memetik laporan Must Share News, tertuduh berusia 58 tahun itu dipercayai merancang serangan dengan memotong dan menetak kemaluan suaminya puluhan kali selepas gagal mengawal kemarahan akibat isu kecurangan.
Menurut sumber, tertuduh dipercayai bekerjasama dengan anak perempuan dan menantu lelaki selepas memperoleh bukti bahawa suaminya menjalinkan hubungan dengan wanita lain.
Insiden tersebut dipercayai berlaku pada 1 Ogos 2024 di Hwado-myeon, Pulau Ganghwa, Incheon.
Berdasarkan keterangan di mahkamah, mangsa berusia 50 tahun sedang minum seorang diri di sebuah kafe sebelum tertidur.
Menantu lelaki dipercayai mengikat mangsa menggunakan tali dan pita industri, sebelum isteri mangsa menyerang dengan senjata tajam, memotong dan menetak kemaluan mangsa kira-kira 50 kali.
Bahagian tubuh yang dipotong dibuang ke tandas kafe untuk memastikan kecederaan bersifat kekal.
Mangsa ditemui pasukan kecemasan dan segera dikejarkan ke hospital. Setelah pembedahan, mangsa berjaya diselamatkan tetapi dilaporkan mengalami cedera parah dan trauma fizikal serta emosi.
Cedera parah & trauma

Pihak pendakwaan pada awalnya memohon pertuduhan cubaan membunuh terhadap isteri mangsa dengan cadangan hukuman 15 tahun penjara, manakala menantunya dicadangkan 7 tahun, selaras tahap keganasan serangan.
Bagaimanapun, Mahkamah Daerah Incheon memutuskan kedua-dua tertuduh tidak bersalah atas cubaan membunuh, sebaliknya disabitkan kesalahan mencederakan secara parah.
Menantu dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana membantu serangan, manakala anak perempuan dikenakan denda tiga juta won (kira-kira RM8,000) kerana terlibat secara tidak langsung, termasuk mengupah penyiasat persendirian menjejaki pergerakan bapanya.
Hasil siasatan polis mendapati wanita berkenaan berulang kali menegaskan niatnya hanyalah mencacatkan suaminya, bukan meragut nyawa.
Mahkamah turut mengambil kira bahawa mangsa telah mencapai penyelesaian rasmi dengan isterinya dan memohon supaya hukuman tidak diperberatkan, selaras undang-undang Korea Selatan yang mengiktiraf permintaan mangsa sebagai faktor mitigasi.
Sumber: Must Share News
The post Wanita Dipenjara Selepas P*tong & T*tak Kemaluan Suami 50 Kali Akibat Curang first appeared on OHBULAN!.





