27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Dr Afifah Lega, Nubhan Enggan Ulas Hal Hadanah – ‘Saya Dah Lambat Nak Pergi Gegar Vaganza’

    Shopee Sale

    Isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek meluahkan rasa lega apabila hak penjagaan anak-anak jatuh ke atas dirinya.

    Artikel Berkaitan: Dr Afifah Berjaya Dapatkan Hak Jagaan Anak, Nubhan Diberi Lawatan Sebulan Dua Kali

    Artikel Berkaitan: Nubhan Tolak Tepi Sementara Isu Rumah Tangga & Dakwaan Orang Ketiga – ‘Saya Kena Fokus GV’

    Kerjasama yang baik

    Ketika ditemui , Dr Afifah bersyukur suaminya memberi kerjasama dalam menyelesaikan proses hadanah.

    Tambahnya, anak-anak akan sentiasa menjadi keutamaannya walau apa jua keadaan.

    Terima kasih kepada semua yang mendoakan, beri sokongan dan juga nak ucapkan terima kasih juga kepada pihak Nubhan sebab banyak memberi kerjasama untuk selesaikan hak jagaan anak.

    Apa-apa pun keutamaan saya ketika ini memang anak-anak dan akhirnya mereka kembali kepada saya.

    Dr Afifah berkata demikian ketika ditemui sejurus selesai prosiding hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam sebentar tadi.

    Berdebar tunggu keputusan

    View this post on Instagram

    A post shared by DrFie Tawfek (@drfietawfek)

    Dalam pada itu, Dr Afifah berkongsi keadaan dirinya yang gementar menunggu keputusan hadanah tiga anaknya, Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3.

    Alhamdulillah rasa sangat bersyukur. Sebelum hari ini memang ada juga rasa risau tetapi selepas hakim sahkan saya peroleh hak penjagaan anak, rasa lega dan terharu.

    Saya cuma nak pengesahan daripada mahkamah, itu saja yang penting.

    Sementara itu, Nubhan enggan mengulas lanjut dan menyerahkan penjelasan daripada peguamnnya.

    Terima kasih banyak-banyak untuk hari ini.

    Minta maaf, pihak peguam saya akan terangkan sebab saya dah lambat, nak cepat, kena pergi Gegar Vaganza.

    Sekadar info, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad telah memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap Dr. Afifah di Mahkamah Syariah Sepang.

    MENARIK:  [VIDEO] Ada Adegan Eksplisit Jefri Nichol, Little Miss Khan Tak Kisah Tengok Filem Jakarta vs Everybody – ‘Saya Okay Je’

    Nubhan kemudiannya memfailkan tuntutan hadanah penuh terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

    Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurnikan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

    The post [VIDEO] Dr Afifah Lega, Nubhan Enggan Ulas Hal Hadanah – ‘Saya Dah Lambat Nak Pergi Gegar Vaganza’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah