24.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Dedah Tungakan Nafkah Anak Lebih RM48k, Fatin Afeefa Respon – ‘Perintah Allah Tak Dipeduli’

    Shopee Sale

    Seorang wanita yang juga ibu tunggal berkongsi tentang kesusahan yang dialaminya berikutan bekas suami didakwa culas dalam menjalankan tanggungjawab.

    Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Syukur Nafkah Anak Dinaikkan – ‘Tidak Lagi Bergantung Pada Ibu Saja’

    Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman Sara Hidup Tanpa Nafkah Daripada Bekas Suami – ‘Catu Makanan Kongsi Bertiga’

    Luahan seorang ibu

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, wanita yang dikenali sebagai Nadzirah Azmi itu meluahkan rasa kesal dengan sikap bekas suaminya, namun dia tetap optimis untuk memperjuangkan hak anak-anak.

    InsyaAllah, segalanya memang takdir Allah. Yang penting, kita kena lawan semua manusia culas ini.

    Jangan diamkan, jangan biarkan mereka. Perintah sudah ada, lepas ini kalau diabaikan, sumbat je dalam penjara. Cepat atau lambat, pastinya ada balasan nanti.

    Dalam masa yang sama, Nadzirah mendakwa jumlah tunggakkan nafkah empat orang anaknya kini mencecah lebih daripada RM48,000.

    Dari Februari 2023 hingga April 2026, jumlah tunggakkan nafkah anak-anak RM48,500.

    Tak termasuk belanja raya dan sekolah.

    Nadzirah berkongsi tentang perkara tersebut di hantaran pelakon, Fatin Afifah mengenai nafkah anak-anaknya yang telah dinaikkan selepas mendapat keputusan mahkamah.

    MENARIK:  [VIDEO] Rumah Mangsa Kebakaran Gas Putra Heights Musnah, Keajaiban Ruang Solat Tidak Terjejas – ‘Saya Percaya Ini Kerana Amalan Tuan Rumah’

    Dapat perhatian Fatin

    Perkongsian tersebut kemudian mendapat perhatian Fatin yang turut kecewa dengan sikap lelaki tersebut dan berharap agar urusan Nadzirah dipermudahkan.

    Perintah Allah tidak dipedulikan, perintah mahkamah pun sama.

    Semoga perjalananmu dipermudahkan.

    Terdahulu, selepas tiga tahun memperjuangkan hak anak, Fatin akhirnya menarik nafas lega apabila tuntutan nafkah berpihak kepadanya.

    Mahkamah telah memutuskan bekas suaminya, Adam Shahz mampu memberikan nafkah kepada anak mereka, Ivy Herra Sophia.

    Sebelum ini, pada tahun 2024, Fatin menuntut kenaikan nafkah anak daripada RM500 kepada RM3,000 sebulan. Bagaimanapun, Adam enggan membayar yuran persekolahan anaknya kerana tidak mampu

    Untuk info, Fatin pernah mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 21 Disember 2013, namun bercerai pada 30 Mei 2017.

    Sumber: Threads

    The post Wanita Dedah Tungakan Nafkah Anak Lebih RM48k, Fatin Afeefa Respon – ‘Perintah Allah Tak Dipeduli’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah