28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    BN ada 16 calon menteri besar – Jalaluddin

    Shopee Sale

    BN Negeri Sembilan mempunyai 16 calon menteri besar untuk memimpin kerajaan negeri Negeri Sembilan yang bakal dibentuk bersama Perikatan Nasional (PN).

    Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias, berkata pihaknya menunggu keputusan pucuk pimpinan bagi langkah selanjutnya.

    "Saya kira Ada 16 orang (calon menteri besar). Saya tak pasti lagi. Kita akan berunding dulu.

    "(Mengadap) saya tak pasti, itu saya akan tanya kepada presiden," katanya kepada media selepas pengumuman kemenangan BN di bangunan Umno di Seremban.

    MENARIK:  Ibu Hindu cabar keputusan JPN enggan ubah status Islam anak

    Terdahulu, gabungan BN-PN berjaya memenangi 25 kerusi secara keseluruhan, manakala PH 11 kerusi.

    Ini memberikan BN-PN majoriti dua pertiga dalam badan perundangan negeri.

    Sementara itu, Jalaluddin yang baru saja memenangi kerusi DUN Pertang berkata, soal calon menteri besar akan diputuskan secepat mungkin.

    "Secepat mungkin (calon menteri besar akan ditentukan)... bermula malam ini," katanya.

    Tambahnya, calon menteri besar akan dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan BN.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah