33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita 21 Tahun Racun Mangsa Hingga Maut, Guna ChatGPT Rancang Pembunuhan

    Shopee Sale

    Seorang wanita di Korea Selatan didakwa membunuh dua orang lelaki menggunakan taktik licik yang melibatkan bantuan kecerdasan buatan (AI). 

    Artikel Berkaitan: Penjual Mati Dibunuh Ketika COD Telefon, Mayat Ditinggal Di Dusun

    Artikel Berkaitan: Tak Puas Hati Bonus Dikurangkan, Pekerja Bunuh Bos Dengan Tikaman Lebih 10 Kali 

    Guna ChatGPT rancang pembunuhan

    Kejadian berlaku apabila Kim, 21, dilaporkan membawa mangsa ke hotel sebelum memberikan mereka minuman yang telah dicampur dengan dos ubat penenang yang tinggi. 

    Kes pertama dikesan berlaku pada 28 Januari di sebuah motel di daerah Gangbuk, Seoul, di mana seorang lelaki ditemui mati sehari selepas bertemu dengan suspek. 

    Tidak terhenti di situ, Kim mengulangi kaedah yang sama pada 9 Februari terhadap seorang lagi mangsa lelaki berusia 20-an di sebuah motel yang berbeza.

    Siasatan pihak polis mendedahkan bahawa telefon bimbit suspek menunjukkan dia menggunakan chatbot ChatGPT untuk melakukan kajian tentang kesan mencampurkan alkohol dengan ubat-ubatan preskripsi. 

    MENARIK:  Fasha Sandha Berkongsi Pengalaman Sedih Tinggal Di Rumah Anak Yatim – ‘Mama Selalu Berusaha Untuk Bekalkan Donut Ke Sekolah’

    Antara soalan yang diajukan kepada AI adalah berapa dos yang diperlukan untuk menyebabkan kematian. 

    Bukti ini menunjukkan Kim secara sengaja meningkatkan dos dadah jenis benzodiazepine, seperti Xanax atau Valium selepas cubaan pertamanya terhadap bekas pasangannya pada Disember 2025 gagal.

    Walaupun Kim pada mulanya mendakwa bahawa dia tidak menyedari dos yang diberikan adalah berbahaya, pihak penyiasat memaklumkan bahawa sejarah carian internetnya membuktikan sebaliknya. 

    Susulan itu, suspek telah ditahan pada 11 Februari lalu dan pihak polis telah menaik taraf pertuduhan terhadapnya daripada menyebabkan kecederaan kepada pertuduhan membunuh. 

    Sehingga kini, motif sebenar di sebalik tindakan kejam itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.

    Sumber: People

    The post Wanita 21 Tahun Racun Mangsa Hingga Maut, Guna ChatGPT Rancang Pembunuhan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah