26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wani Kayrie Nafi Bertunang, Cincin Cuma Prop Muzik Video Cak Cak Cekuk

    Shopee Sale



    Penyanyi Wani Kayrie akhirnya tampil menjelaskan tentang foto sebentuk cincin yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini, sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.

    ‘muzik video Cak Cak Cekuk’

    Wani atau nama lengkapnya Syazwani Abdullah, 25, menjelaskan bahawa cincin berkenaan bukanlah simbol pertunangan seperti yang disangka, sebaliknya hanyalah sebahagian daripada elemen dalam jalan cerita muzik video terbarunya, Cak Cak Cekuk.

    Sebenarnya, cincin itu merupakan ‘watak utama’ dalam penceritaan muzik video Cak Cak Cekuk. Ceritanya bermula bila seorang puteri raja mahu mendirikan rumah tangga.

    Jadi, cincin yang saya muat naik itu merupakan cincin yang disarungkan oleh puteri raja berkenaan ketika menerima lamaran cinta si putera raja,

    Menjawab spekulasi tentang kehidupan peribadi, pelantun lagu Jangan Jangan itu turut memaklumkan bahawa dia kini lebih selesa untuk memberikan sepenuhnya tumpuan kepada kerjayanya dalam industri seni.

    Buat masa ini, saya mahu fokus pada kerjaya. Mungkin bila sudah sampai masanya, saya akan kongsikan kepada semua.

    Lagu Cak Cak Cekuk merupakan karya ciptaan Karim Karam, Shane Kennedy dan Iqie Hugh dan dilancarkan pada 23 May lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] Fazura Tamatkan Spekulasi Isu Rumah Tangga Bergolak – ‘Saya & Fattah Okey’

    Sementara itu, video muzik Cak Cak Cekuk yang menampilkan Wani Kayrie, Jay Iskandar dan Myra Afrina boleh distrim di saluran Youtube Rocketfuel Entertainment.

    Video

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah