Cef selebriti, Cef Riz mengakui meskipun sudah lama berkecimpung dalam dunia kulinari, masakan ibunya tetap menjadi hidangan paling sedap pernah dinikmati.
Artikel Berkaitan: Chef Wan Terpaksa Cuit Iddin Ramli Ketika ‘Live’, Hampir Masuk Waktu Azan – ‘Saya Diberi Arahan Untuk Tegur’
Air tangan ibu paling sedap

Riz atau nama lengkapnya Mohd Nadzri Redzwan, 43, berkata air tangan ibu mempunyai keistimewaan tersendiri yang sukar ditandingi oleh mana-mana hidangan di restoran.
Walaupun saya seorang cef, tetapi masakan ibu adalah paling sedap dalam dunia dan tiada tandingannya.
Meskipun ibu masak makanan yang simple dan humble, tak guna bahan-bahan yang mahal atau teknik masak yang canggih, tetap sedap.
Ibu sentiasa masak dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Itulah hebatnya insan bernama ibu, air tangan mereka tiada di restoran mewah.
Dalam perkembangan lain, Cef Riz terus mengembangkan kerjaya kulinarinya apabila membuka restoran baharu miliknya yang dikenali sebagai BowlCrafted.
Menurut Cef Riz, restoran tersebut baru sahaja beroperasi kira-kira sebulan lalu dan menerima sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.
Alhamdulillah, sambutan daripada pelanggan sangat baik sejak kami mula beroperasi. Ini memberi semangat kepada saya dan pasukan untuk terus memberikan hidangan terbaik kepada pelanggan.
Satu lagi cawangan BowlCrafted bakal dibuka pada 16 Mac ini di KL Eco City Mall, Bangsar. Perbezaan antara kedua-dua cawangan ini adalah dari segi keluasan premis. Cawangan di Bangsar lebih besar berbanding di 168 Park Mall.
BowlCrafted

Bersempena bulan Ramadan, BowlCrafted turut memperkenalkan beberapa hidangan istimewa yang diinspirasikan daripada cita rasa tempatan bagi memenuhi selera pelanggan.
Antara menu yang ditawarkan termasuk Nasi Kerabu Ayam Percik, Nasi Briyani Kambing, Penang Asam Laksa Udang serta Mee Jawa Daging.
Dalam masa sama, BowlCrafted yang beroperasi setiap hari bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam turut mengekalkan harga yang berpatutan supaya lebih ramai pelanggan berpeluang menikmati hidangan yang ditawarkan.
Sementara itu, pembukaan restoran tersebut turut disertai dengan program kebajikan bersempena kempen ‘Kongsi Rezeki’ bagi membantu rumah kebajikan dan rumah anak yatim.
Melalui kempen tersebut, orang ramai digalakkan untuk menyumbang barangan keperluan yang kemudiannya akan disalurkan kepada golongan memerlukan melalui kerjasama beberapa rakan strategik.
Inisiatif berkenaan diadakan sebagai sebahagian daripada usaha menggalakkan budaya berkongsi rezeki dalam kalangan masyarakat, khususnya sepanjang bulan Ramadan.
The post ‘Walaupun Saya Cef, Masakan Ibu Tetap Paling Sedap’ – Cef Riz first appeared on OHBULAN!.





