25.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Pernah Masak Pindang Otak Lembu Untuk Arwah Jalil Hamid, Itu Antara Kegemarannya’ – Tarmimi Siregar

    Shopee Sale

    Pelakon veteran Tarmimi Siregar mengakui pemergian rakan seindustri Allahyarham Jalil Hamid sememangnya meninggalkan kesan bukan sahaja untuk dirinya tetapi seluruh industri seni.

    Artikel Berkaitan: Anak Dedah Jalil Hamid Kecewa , Hasrat Tunaikan Haji Terbantut – ‘Dah Pergi Kursus Tapi Tak Dapat Teruskan’

    Sahabat Tarmimi

    Ketika ditemui , Ahmad Tarmimi Siregar, 76, berkata, arwah Jalil merupakan seorang yang bersifat tegas selain mempunyai harga diri yang tinggi.

    Dia sangat berprinsip. Kadang-kadang sampai kita sendiri rasa gerun dengan ketegasan dia.

    Sekali dia kata tidak, maka tidaklah. Walaupun disampaikan dengan lembut, pendirian tetap keras.

    Kita kadang-kadang terima kerja sebab kawan, tetapi dia tetap jaga nilai diri. Kawan tetap kawan, tetapi jangan sampai harga diri dijatuhkan.

    Jalil seorang sederhana, tetapi prinsipnya tinggi. Orang luar mungkin tidak nampak, tetapi itulah dirinya.

    Dalam masa sama, Tarmimi menyifatkan pemergian permata seni itu dipermudahkan Allah SWT kerana menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang sangat tenang.

    Dia pernah berdepan masalah kesihatan, sukar makan bertahun-tahun. Ada juga isu jantung belum sempat dirawat kerana kekangan tertentu.

    Namun pemergiannya sangat indah. Allah jemput ketika tidur, tidak menyusahkan sesiapa.

    Sejak zaman teater di Dewan Johor lagi kami sudah bersama. Bila saya jadi pegawai kebudayaan, banyak program kami jayakan bersama.

    Bercerita lanjut, Tarmimi sempat mengimbas kembali momen ketika dia dan arwah Jalil bersama-sama memulakan karier masing-masing dalam arena teater sekitar tahun 1970-an.

    Kali terakhir kami bekerjasama sekitar dua atau tiga tahun lalu untuk Ayahanda.

    Paling penting kami berkongsi minat sama, suka sate perut bulat. Saya pernah masakkan pindang otak lembu untuk dia, itu antara kegemarannya.

    Tambah pelakon Perjalanan Pertama itu lagi, kali terakhir mereka berkomunikasi adalah sebelum Aidilfitri lalu, yang membincangkan tentang tawaran lakonan dari negara seberang.

    Sebelum raya kami sempat berbual tentang lagu baharunya bersama anak. Dia juga pernah hubungi saya bertanya soal tawaran produksi Indonesia.

    Kami sama-sama tidak teruskan kerana soal harga diri. Bukan tiada rezeki, tetapi prinsip tetap dipegang apatah lagi berkaitan bayaran.

    Terdahulu, Allahyarham Jalil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam sekitar 6:30 petang hari ini.

    MENARIK:  Hock Kee Kopitiam Kini Buka Outlet Ke-16 Di Sunway Square Mall, Ini Yang Buat Ramai Teruja!

    Jenazah Allahyarham dimandikan dan disolatkan di Masjid Munawwarah, Shah Alam sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

    Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam tidur di kediamannya sekitar pukul 12.30 tengah hari.

    The post ‘Saya Pernah Masak Pindang Otak Lembu Untuk Arwah Jalil Hamid, Itu Antara Kegemarannya’ – Tarmimi Siregar first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah