
Pelakon, Datin Intan Najuwa sudah mula melatih anaknya, Imane Lunara untuk tidur sendirian tatkala usia sudah mencecah lima bulan.
Lunara tidur sendiri

Menerusi pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, itu, anaknya sudah mula tidur sendirian sejak Selasa lepas.
Katanya, dia sedang cuba membiasakan Lunara untuk tidur sendirian.
Walau bagaimanapun, anaknya itu masih tidur sambil ditemani oleh jururawat dan pengasuhnya.
Perkara itu dikongsikan pelakon berusia 28 tahun itu menerusi Instagram Story (IGs)
Hari kedua melatihnya tidur di atas katilnya sendiri.
Saya bangga dia tidur sendiri di katilnya sekarang.
Selimutnya akan diambil apabila saya tidur.
Jururawat dan pengasuh pula akan bersama Lunara dan menjaganya semasa syif malam pada malam ini (semalam).
Sebelum ini, Intan sah bergelar isteri kepada usahawan Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak iaitu Lunara.





