25.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dzulkefly minta PM jangan potong bajet Kementerian Kesihatan

    Shopee Sale

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon agar cadangan pelarasan dan pemotongan perbelanjaan melibatkan kementerian itu dinilai semula supaya tidak menjejaskan perkhidmatan teras kepada rakyat.

    Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima permohonan KKM supaya cadangan pemotongan sebanyak RM3.04 bilion oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) tidak dilaksanakan seperti dicadangkan.

    "Justeru, saya telah pun menyebutkan kepada Ketua Setiausaha dan pasukan supaya segera memajukan cadangan kami (KKM), termasuk mengenal pasti jika perlu potongan, hanya perkara-perkara yang tidaklah (terkait) perkhidmatan penting mahupun yang terkait dengan sumber manusia.

    “Kalau boleh jangan ada pemotongan langsung, tapi kalau perlu pun dibuat potongan, ia tidak boleh menjejaskan perkhidmatan penting dan kebajikan rakyat, khususnya rawatan yang perlu diberikan kepada mereka,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat tapak projek Klinik Kesihatan Menjalara di Kuala Lumpur hari ini, yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh.

    MENARIK:  Bekas pegawai Istana Negara didakwa 'songlap'

    Dzulkefly berkata pemotongan perbelanjaan itu tidak akan melibatkan aspek pembangunan penting yang menjejaskan kelangsungan pembinaan fasiliti kesihatan di bawah KKM.

    Sementara itu, beliau berkata fasa pembangunan projek Klinik Kesihatan Menjalara dijangka bermula pada 2028 membabitkan kos RM85.9 juta dan disasarkan siap pada Januari 2032.

    Menurut beliau, projek yang dibina di atas tapak seluas 2.04 ekar itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 256,000 penduduk meliputi Parlimen Segambut, sebahagian Parlimen Batu serta sebahagian kawasan Damansara.

    "Klinik ini juga dijangka dapat membantu mengurangkan kesesakan di fasiliti sedia ada, termasuk bagi menampung keperluan populasi di kawasan Menjalara sendiri yang dianggarkan sekitar 110,000 orang," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah